HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
˙·٠•●♥Penaku Menari˙·٠•●♥: Allah adalah segala-galanya ♥

Monday, March 11, 2013

Allah adalah segala-galanya ♥

Assalamualaikum semuaaaa....

Ermmmm pernah tak tetiba korang rasa sedih sangat-sangat......maybe tengah mengimbau kisah-kisah lampau korang atau terpikir perbuatan-perbuatan korang dah lakukan yang di larang oleh Allah....bila korang tetiba terpikir benda-benda gini, korang rasa nak buat perubahan pada diri atau korang rasa diri korang tak mampu lagi untuk berubah menjadi lebih baik dari diri korang sekarang??? hurmmmm...tapi kan kebanyakan manusia di atas muka bumi ni yang beragama Islam, bila rasa down sangat-sangat barulah tercari-cari di mana Allah...betol tak?? ke salah? harap di maafkan andai ayat ni kasar atau agak kasar sehingga boleh membuatkan hati sesiapa terguris.....saya jugak insan yang tak sempurna, penyesalan di awal hayat hidup adalah sesuatu yang baik....setiap manusia tidak dapat tau kan bila masanya kita akan meninggalkan dunia ni.....

 Kadang-kadang kita tak sedar dengan apa yang kita lakukan dan kadang-kadang sememangnya kita sedar dengan tindakan kita....tapi kenapa kita still nak lakukan something yang salah di sisi agama..hurrmmm...kalau la kita boleh nampak tahap keimanan setiap orang, agak-agak berapa peratus tahap keimanan kita?? malu tak kita kalau kita dapat tengok seperti dalam graf ? nak dibandingkan diri kita dengan para ulama', masyaAllah jauh lebih beza ...tapi kita sebagai manusia patut rasa bersyukur sebab Allah bagi peluang pada kita untuk  top-up iman kita...melainkan diri kita ja yang tak bagi peluang untuk diri kita sendiri...

Sedih kan kalau kita sendiri yang tak berubah, sedih kan kalau kita sendiri yang cuba menjauhkan diri Allah...padahal segala-gala yang berlaku di atas ketentuan Allah...La Hau la wa quwwata i'lla billahila'liyil a'zim.... pada siapa lagi kita mengharapkan tali pergantungan kalau bukan pada yang SATU..hanya DIA...

Ya Allah Ya Tuhanku Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah Tuhan yang aku sembah dan tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau Ya Allah. Alhamdulilah syukur ke hadrat Mu Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk sujud kepada Mu Ya Allah. Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, adik beradikku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku dan dosa sekalian umat Islam. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kau ampunilah dosa-dosa hamba-hambamu ini, Syukur Ya Allah terhadap nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku. Sinarilah hati aku dengan Nur Hidayah Mu Ya Allah. Kuatkanlah dan mantapkanlah akidah dan imanku. Ya Allah, bimbinglah, tunjukilah aku ke jalan yang lurus Ya Allah. Janganlah engkau sesatkan aku Ya Allah. Sentiasalah kau hadir bersamaku. Janganlah Engkau jauhkan diri aku dari Mu Ya Allah.

Murahkanlah rezekiku Ya Allah, sesungguhnya Engkau pemilik segala rezeki, bukakanlah pintu rezekiku. Cukupkanlah rezekiku supaya aku tidak meminta pada yang lain selain dari Mu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku kau berkatilah kehidupanku, kau berkatilah apa yang aku belajar, kau berilah kefahaman yang baik untuk aku memahami ilmu-ilmu yang diajar, kau kuatkanlah fotografik memoriku.

Permudahkanlah perjalananku dititian siratul mustaqim menuju ke syurga Mu Ya Allah. Sesungguhnya syurgalah sebaik-sebaik tempat untuk ku kembali.Janganlah Engkau Humban aku ke dalam nerakaMu Ya Allah. Itulah seburuk-buruk tempat untuk aku kembali. Penuhilah hati aku dengan sifat mahmudah Ya Allah. Buangkanlah sifat mazmumah dalam diriku. Berilah aku kekuatan untuk menepis segala apa juga godaan, hasutan dan tipu daya syaitan. Sesungguhnya aku tidak kuat tanpa pertolonganMu Ya Allah. Berilah aku ketabahan untuk mengharungi dugaanMu Ya Allah.

Berilah aku kebahagiaan di dunia dan di akhirat Ya Allah. Permudahkanlah urusan harianku. Kuatkanlah semangatku untuk terus istiqamah melakukan ibadah kepadaMu Ya Allah. Berilah aku pasangan hidup yang mampu membimbing aku ke jalan yang benar. Aku tidak mahu cinta yang berlandaskan nafsu dan syaitan semata-mata kerana aku tahu kafarah  yang Kau akan berikan, aku takut untuk menghadapinya Ya Allah. Ya Hayyu Ya Qayyum, Kau kurniakanlah aku jodoh yang soleh yang mampu membawa aku ke jalanMu, yang mampu mendidik anak-anakku nanti.Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penjagaan.dan Dia juga Maha Pengasih dan Penyayang..Sesungguhnya engkaulah yang mengerti hatiku. Ya Allah, kau makbulkanlah doaku ini Ya Allah. Hanya kepada Kau, aku memohon segala-galanya.aamin aamin Ya Rabbal A’lamin. 






P/S:: peringatan untuk diri sendiri, tidak ada maksud yang laen...maaf andai mengguriskan hati sesiapa..

No comments:

u are my numbers

 
Fully Design By Sha Den | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome