wahhhhhhhhhh... da lama x menjenguk blog sendiri !!! skung aku da nak abis semester 1 da dkt UM .... alhamdulilah dan terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk melanjutkan pelajaran .....aku bersyukur sangat-sangat...emo la pulak tetiba....sedar tak sedar sekarang da masuk tahun baru .....2012 !!!!... dari tahun ke tahun banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku.....macam-macam la kalo sebut kat cni smpai besok pon x abis hehe.....minggu ni mnggu study week..org study aku pulak cbok gn blog aku....tp x pa...kunun-kunun release tension.....huaaaaaaaaaaaaaaa...umo bakal genap 24 tahun daahhh ni......da la aku paling tua dalam kelas...tp perangai mengalahkan umo yg ??????? phm2 sendiri lah...
Sebenarnya kan..aku selalu berangan-rangan....kunun-kunun angan mat jenin ...lebih kurang gtu lah....aku harap aku dapat nikah awal.....mgkut prncangan aku sem 7...tp x tau ler...der ker tak org nk nikah gn aku time tu...huahua.....kwn-kwn aku byk da nikah...aku??? tngguuuu ja la.....BERTEMU, BERPISAH, JODOH DAN AJAL DI TANGAN TUHAN... kita hanya mampu merancang, berdoa, berusaha dan tawakal kepada-Nya......
Bismilahirrahmanirrahhim….
Ya Allah Ya Tuhanku Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah Tuhan yang aku sembah dan tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau Ya Allah. Alhamdulilah syukur ke hadrat Mu Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk sujud kepada Mu Ya Allah. Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, adik beradikku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku dan dosa sekalian umat Islam. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kau ampunilah dosa-dosa hamba-hambamu ini, Syukur Ya Allah terhadap nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku. Sinarilah hati aku dengan Nur Hidayah Mu Ya Allah. Kuatkanlah dan mantapkanlah akidah dan imanku. Ya Allah, bimbinglah, tunjukilah aku ke jalan yang lurus Ya Allah. Janganlah engkau sesatkan aku Ya Allah. Sentiasalah kau hadir bersamaku. Janganlah Engkau jauhkan diri aku dari Mu Ya Allah.
Murahkanlah rezekiku Ya Allah, sesungguhnya Engkau pemilik segala rezeki, bukakanlah pintu rezekiku. Cukupkanlah rezekiku supaya aku tidak meminta pada yang lain selain dari Mu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku kau berkatilah kehidupanku, kau berkatilah apa yang aku belajar, kau berilah kefahaman yang baik untuk aku memahami ilmu-ilmu yang diajar, kau kuatkanlah fotografik memoriku. Ya Allah, kau bantulah hambamu ini untuk Berjaya di dalam bidang yang diceburi. Ya Allah, kau hindarilah diriku daripada dibenci dan difitnah.
Panjangkanlah umurku, permudahkanlah sakaratul mautku Ya Allah. Jauhkanlah aku dari azab kubur, api neraka dan juga hari akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa azab Mu yang amat berat dan tidak dapat aku tanggung Ya Allah.
Permudahkanlah perjalananku dititian siratul mustaqim menuju ke syurga Mu Ya Allah. Sesungguhnya syurgalah sebaik-sebaik tempat untuk ku kembali.Janganlah Engkau Humban aku ke dalam nerakaMu Ya Allah. Itulah seburuk-buruk tempat untuk aku kembali. Penuhilah hati aku dengan sifat mahmudah Ya Allah. Buangkanlah sifat mazmumah dalam diriku. Berilah aku kekuatan untuk menepis segala apa juga godaan, hasutan dan tipu daya syaitan. Sesungguhnya aku tidak kuat tanpa pertolonganMu Ya Allah. Berilah aku ketabahan untuk mengharungi dugaanMu Ya Allah.
Berilah aku kebahagiaan di dunia dan di akhirat Ya Allah. Permudahkanlah urusan harianku. Kuatkanlah semangatku untuk terus istiqamah melakuakn ibadah kepadaMu Ya Allah. Berilah aku pasangan hidup yang mampu membimbing aku ke jalan yang benar. Ya Allah, sesungguhnya jika aku jatuh cinta, jatuhkanlah hatiku pada seseorang yang boleh membuatkan cintaku padaMu bertambah kukuh. Aku tidak mahu cinta yang berlandaskan nafsu dan syaitan semata-mata kerana aku tahu kafarah yang Kau akan berikan, aku takut untuk menghadapinya Ya Allah. Ya Hayyu Ya Qayyum, Kau kurniakanlah aku jodoh yang soleh yang mampu membawa aku ke jalanMu, yang mampu mendidik anak-anakku nanti. Sesungguhnya engkaulah yang mengerti hatiku. Ya Allah Ya RAHIM, andai dia jodohku, kau tautkanlah hati kami atas dasar kasih sayangMu.Tapi, sekiranya dia bukan jodohku, kau hilangkanlah dia dari hatiku dan fikiranku dalam keadaan tidak sedar. Ya Allah, kau makbulkanlah doaku ini Ya Allah. Hanya kepada Kau, aku memohon segala-galanya.aamin aamin Ya Rabbal A’lamin.