HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
˙·٠•●♥Penaku Menari˙·٠•●♥: 2008

Wednesday, October 29, 2008

usah biarkan akal bersendirian

"Akal jangan dibiarkan bersendirian Kerana ia adalah ciptaan Tuhan Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan kekurangan dan kelemahannya Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat- sifat kekurangan.

Hendaklah dia diberi kekuatan Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan Tuhan jangan bersendirian.

Akal adalah guru diri manusia Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan Akhirat bagi insan Pemandu hidup manusia di mayapada Tuhan Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu oleh wahyu Tuhan Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti tersesat jalan Tersesat jalan risikonya amat mengancam kehidupan insan Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan bersambung di Akhirat kelak dengan azab Tuhan.

Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia mestilah dipimpin oleh Tuhan Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar dia memimpin manusia tidak tersesat jalan Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal Bukan ertinya menggunakan akal yang bersendirian Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan, itulah yang dimaksudkan Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan Setiap manusia haraplah ambil perhatian Jika manusia mahu selamat di atas jalan keselamatan.

Tuesday, October 28, 2008

ukhti ana uhibbuki

ana adalah seorang yang lemah dalam meneruskan perjuangn dalam islam,ana sememangnya tau apa yang sepatutnya ana lakukan dalam meneruskan perjuangan islam akan tetapi hati ana seakan-akan berteka teki ''adakah aku mampu memikul tanggunjawab ini?''...di benak fikiranku bnyk cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi...

ana mengagumi seorang ukhti,dia seorang yang kuat semangat...semangatnya jugalah yang mampu mempengaruhi orang-orang yang berada di sekelilingnya termasuk diri ana...alhamdulilah,ukhti tersebut akan bersama-sama membantu sahabat-sahabat ana dalam meneruskan perjuangan islam.....sifat kepimpinanya amat teserlah melalui perlakuannya,bicaranya...bait-bait ayat yang dibicaranya boleh memberi kesan kepada orang yang mendengarnya...

ukhti tersebut juga amat sayang terhadap sahabat-sahabatnya...dia tidak cepat putus asa dalam membantu sahabat-sahabatnya...dia mempunyai seorang sahabat di mana keadaan kesihatannya membantutkannya untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pendakwah....dek kerana akrabnya ukhuwah mereka,ukhti tersebut sanggup meluangkan masanya semata-mata untuk membawa sahabatnya pergi berubat...ana harap sahabatnya akan sembuh seperti sedia kala....insyaAllah..moga-moga sahabatnya juga dapat meneruskan perjuangan dalam islam dan dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pendakwah.....

ya ukhti kau amat beharga bagi diri ana dan sahabat-sahabat yang lain...shukran ya ukhti...itulah dia'' ukhti nurul hayati''

Apakah punca perasaan marah dan cemburu?

Bagaimana pula cara untuk mengawal perasaan tersebut? Adakah terdapat sebarang zikir atau ayat yang boleh dibaca bagi mengatasi perasaan marah? Setakat manakah seorang isteri boleh bersikap cemburu?

Jawab:
Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk." (HR Abu Daud)

Itulah punca marah.

Punca cemburu?

Sebab kita kasih dan cinta kepada seseorang. Cinta membuahkan rasa cemburu (ghairah). Cemburu terhadap agama adalah wajib hukumnya. Bagaimana jika agama ini dipersenda-sendakan. Syariat Islam dileceh-lecehkan. Nabi Muhamad s.a.w. dihina-hina. Kemungkaran berlaku di depan mata. Murtad berlaku di sana-sini?

Kalau kamu tidak ada perasaan apa, itu tandanya kamu tidak ada sifat cemburu langsung pada agama kamu. Tidak ada sifat cemburu bermakna kamu tidak kasih pada agama ini. Jika kamu bereaksi tertentu termasuk marah dsbnya adalah tanda kamu ada sifat cemburu pada agama kamu. Itu tandanya kamu kasih pada agama ini.

Dulu, jika anak perempuannya menconteng arang ke muka orang tuanya dengan melakukan zina, mau saja anak itu tembus perutnya dirodok parang pendek atau golok. Itu cemburu namanya...

Ada anak-anak perawan yang murtad, kamu jadi susah hati. Kamu jadi marah. Kamu ambil langkah yang sewajarnya berdasarkan bidang dankemampuan masing-masing, itu cemburu namanya.

Kamu kasih kepada agama kamu. Kalau kamu tidak ada apa-apa. Kalau kamu jadi bodoh seperti orang yang kena pukau. Iman kamu perlu dihalusi kembali. Kamu tidak ada sifat cemburu pada agama kamu.

Jika isteri bersifat cemburu kepada suaminya, itu adalah wajar. Puncanya ialah cinta dan kasih. Cinta membuahkan cemburu. Cemburu pula melahirkan kemarahan.

Tidak semua cinta itu terlarang. Tidak seluruhnya cemburu itu dibenarkan. Tidak semestinya kemarahan itu berfaedah.

Tiada cinta, tiadalah cemburu. Dan orang yang tiada sifat marah langsung adalah ibarat keldai. Orang yang pemarah adalah orang membiarkan syaitan menguasai dirinya.

Gunakanlah pertimbangan akal. Berjalanlah atas lorong-lorong kesederhanaan. Sematkanlah cinta, cemburu dan marah pada tempatnya masing- masing.

Isteri wajar sahaja bersikap cemburu asal sahaja ada landasannya. Asal saja bertempat. Asal saja bersederhana. Jika tidak bersikap begini si isteri akan menuduh macam-macam kepada suami, sangka-sangka buruk yang terlarang akan bermunculan. Rumahtangga akan berantakan.

Sabdanya lagi: "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang pandai bergusti, hanyasanya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

Rasulullah pernah menganjurkan doa kepada Aisyah r.a.: "Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lindungilah aku dari syaitan." (HR Ibnu Sunni)

Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar orang yang sedang marah berwuduk (HR Abu Daud).

Hakikat seorang wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

SANTAPAN ROHANI

Binalah kekuatan iman dahulu,sebelum melahirkan golongan intelek yang berilmu,binalah kekuatan iman dan aqidah dahulu sebelum berusaha untuk melahirkan golongan usahawan.Binalah kekuatan iman dan aqidah dahulu sebelum melahirkan para profesional di bidang perubatan ,pendidikan ,kejuruteraan ,politik,undang-undang ,ekonomi dan segala bidang yang lainnya,sekiranya asas dan tiangnya di kemudiankan walaupun apa juga rekabentuk bangunan itu bukan terletak di atas rekebentuknya,tetapi kekuatannya terletak di atas asas dan tiangnya.

u are my numbers

 
Fully Design By Sha Den | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome