HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
˙·٠•●♥Penaku Menari˙·٠•●♥: 2009

Monday, October 26, 2009

Resipi Kejayaan Dakwah

SEMPENA Bulan Dakwah Kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini, golongan pendakwah diseru mengambil kesempatan untuk mempergiat aktiviti penyampaian dakwah kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan tema untuk mewujudkan khaira ummah iaitu ummah terbaik.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat itu pendakwah hendaklah memantapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu termasuk memiliki kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai medium penyampaian dakwah yang berkesan.
Langkah ini dilihat berbaloi apabila jumlah pengguna internet di Malaysia dilaporkan mencecah 500,000 orang.
Dalam era globalisasi maklumat tanpa sempadan, kemahiran itu boleh digunakan sebagai mekanisme untuk menjawab segala tohmahan dan kritikan tidak berasas terhadap peribadi Nabi Muhammad SAW dan syariat Islam yang mulia, yang banyak disebarkan menerusi laman web dan blog-blog.
Golongan pendakwah juga harus sentiasa mengamalkan prinsip cakap serupa bikin. Mereka memikul amanah Allah SWT untuk sentiasa melaksanakan segala ajaran agama dalam diri sendiri sebelum menyuruh orang lain untuk melakukannya.
Kealpaan pendakwah mempraktikkan prinsip itu bukan sahaja itu menyebabkan objektif dakwah tidak tercapai malah bakal mengundang kemurkaan Allah SWT yang berfirman, maksudnya; Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak kamu lakukan! Amat besar kebenciannya di sisi Allah (apabila) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan. (Surah al-Saf ayat 2-3).
Bahkan dalam situasi masa kini di mana berlaku kepincangan dalam aspek akhlak dan moral masyarakat Islam, dakwah menerusi personaliti mulia (dakwah bilhal) lebih elok dipraktikkan berbanding dakwah melalui mulut yang belum tentu mencapai hasil yang diharap-harapkan.
Pendakwah hendaklah mempersiap diri dengan akhlak mulia, penyabar dan tidak cepat melenting apabila ditegur. Sikap terbuka dan tidak memandang rendah kepada kewibawaan orang lain adalah resipi kejayaan dakwah.
Setiap individu harus menerima hakikat bahawa manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Adalah mulia jika segala kelebihan itu dikongsi bersama bagi memantapkan misi dakwah, manakala kekurangan diperbaiki untuk faedah bersama.
Kaedah dan cara berdakwah pula perlu seiring dengan situasi semasa agar dakwah tidak hanya tertumpu kepada segelintir masyarakat sahaja.
Pendekatan dakwah secara bijaksana penting agar segenap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada aktiviti dakwah yang dijalankan.
Golongan muda dan remaja Islam yang seperti hilang arah hidup sepatutnya menjadi tumpuan pendakwah kerana mereka bakal menjadi pewaris negara pada masa hadapan.
Pendekatan dakwah yang sesuai untuk golongan ini perlu difikirkan bersama oleh semua pihak bagi menarik lebih ramai golongan muda mempraktikkan perintah agama seperti solat yang kemudiannya mampu mendidik sahsiah dan peribadi mereka.
Lebih daripada itu, pendakwah hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. dengan memperbanyak melakukan ibadah dan bermunajat kepada-Nya.
Pendekatan ini merupakan persediaan spiritual yang mampu menahan segala ujian dan cabaran dakwah yang bermacam ragam, kerana bukan mudah untuk membentuk akhlak dan peribadi manusia.
Ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang membantah dengan melakukan tindakan di luar batasan. Kekuatan dalaman dan pergantungan mutlak kepada Allah SWT diperlukan untuk menghadapi situasi getir itu.
Golongan para Nabi dan Rasul utusan Allah SWT adalah golongan yang banyak menerima cabaran berat ketika berdakwah kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang bergelar Ulul Azmi, kerana hebatnya tribulasi dakwah yang terpaksa dihadapi.
Nabi Ibrahim AS pernah dibakar oleh kaumnya namun dipelihara oleh Allah SWT daripada musibah itu. Nabi Muhammad SAW juga menerima berbagai-bagai ujian berat dalam usaha untuk mengajak manusia supaya mengesakan Allah SWT.
Sifat buruk seperti keras hati, gemar berdebat, menyangka diri yang terbaik, sombong dan mata duitan adalah sifat-sifat yang merosakkan peribadi pendakwah di mata masyarakat.
Amalan buruk ini bakal mengundang malapetaka dan merosakkan matlamat dakwah yang dicita-citakan.
Pendakwah perlu menghindari diri daripada sifat buruk ini jika mahu diterima oleh masyarakat. Pelbagai gerakan dakwah yang wujud di Malaysia perlu bersatu hati bagi mencapai tujuan dan matlamat dakwah yang sama.
Jangan asyik menuding jari menyalahkan orang lain sebaliknya sama-sama mencari jalan keluar kepada permasalahan yang berlaku. Pepatah ada menyebutkan bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Masyarakat Islam juga diseru agar turut bersama-sama dalam aktiviti dakwah menyeru kepada yang baik dan mencegah perkara-perkara mungkar dan tidak hanya berharap kepada golongan agama bagi memikul tanggungjawab ini.
Kesedaran semua anggota masyarakat dalam melaksanakan gerak kerja dakwah amat-amat diharapkan. Malahan cabang dakwah yang luas memberi peluang kepada semua pihak untuk sama-sama bertugas sebagai agen penyampai dakwah.
Guru berdakwah dengan menyampaikan ilmu kepada murid, peruncit berdakwah melalui sifat amanah dan jujur dalam perniagaan dan setiap individu muslim berdakwah melalui akhlak dan peribadi mulia sehingga mampu memperlihatkan kecantikan Islam di mata masyarakat lain.
Selain pendakwah, setiap individu Muslim wajib memikul amanah bagi memelihara diri dan keluarga mereka daripada kesesatan. Perbuatan sesetengah ibu bapa yang tidak mempedulikan perlakuan buruk anak-anak adalah sikap tidak bertanggungjawab yang bakal merosakkan masa depan mereka sebagai pemuda harapan bangsa dan agama.
Bahkan ibu bapa akan dipertanggungjawabkan dengan persoalan itu di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
Pendakwah semestinya memahami tugas dakwah adalah tugas yang berat dan memakan masa yang panjang.
Pendakwah tidak boleh berputus asa kerana yang berhak dan berkuasa memberi petunjuk hanyalah Allah SWT sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud; Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). Surah al-Qasas ayat 56).
Untuk itu usaha dakwah tidak hanya meriah dalam bulan dakwah sahaja. Dakwah sepanjang masa diperlukan bagi menarik lebih ramai orang Islam mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian sekali gus menyumbang kepada minat masyarakat lain untuk mengenali dan mendalami Islam sebagai agama yang benar lagi diterima oleh Allah SWT.
Usaha ini juga mampu untuk menangkis tanggapan-tanggapan buruk yang dilontarkan kepada Islam dan penganutnya.
PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.








Pentingnya dialog antara agama diperbanyakkan
Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID
PARADIGMA modenisme hari ini telah membangkitkan pelbagai kekacauan dan pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Ia dicuba dijawab oleh agama-agama dengan cara yang berbeza-beza.
Dari sinilah kemudian muncul pelbagai tawaran teologi agama seperti teologi pembebasan, teologi transformatif yang semuanya mengarah pada gagasan transformasi dengan agama sebagai peneraju utamanya. Gagasan ini terus berkonflik dengan melibatkan agama-agama besar dunia.
Kadang kala permusuhan meledak sehingga menjadi pertikaian berdarah seperti yang dapat disaksikan dalam beberapa pergolakan tragis di beberapa buah negara di dunia. Permusuhan antara agama dapat diperhatikan melalui konflik pembasmian etnik dan wilayah sebagai mana yang berlaku di Timor Timur dalam tahun (1999), Lampong (1995), Indonesia.
Demikian juga isu pembinaan kuil Hindu di atas tapak Masjid Babri di Ayudya, Uttar Pradesh pada tahun 1992 di India, yang menyebabkan masyarakat Islam melancarkan tindak balas ke atas penganut Hindu.
Malah keganasan perkauman sudah menjadi punca utama penderitaan umat manusia pada penghujung abad kedua puluh yang lalu.
Memandangkan perselisihan antara agama semakin memuncak dalam keadaan masyarakat pelbagai kaum dan di merata-rata tempat, maka perlu ditekankan betapa pentingnya dialog antara kaum, agama, budaya atau peradaban diadakan pada masa kini.
Dialog dan persefahaman antara satu sama lain merupakan prasyarat untuk membina hubungan yang adil dan saksama antara pelbagai budaya dan peradaban.
Penyebab utama ketegangan ini berakar daripada interaksi yang berasaskan sikap yang beranggapan pihak masing-masing yang paling benar. Masing-masing menganggap merekalah pengikut agama yang paling unggul.
Mereka bersaing untuk menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan dan keupayaan untuk mencipta situasi yang saling memahami dan menghormati antara agama menjadi lebih sukar. Kadang-kadang kesukaran semakin bertambah kerana didorong oleh kepentingan politik, mahupun teologi.
Umat manusia tanpa mengira apa agama sekalipun sepatutnya bersatu mengajak manusia memusatkan perhatian terhadap perintah Tuhan yakni kesedaran betapa pentingnya menyelesaikan persoalan keadilan sosial, kehormatan manusia, kebebasan dan nilai-nilai etnik yang dihadapi oleh dunia ketika ini.
Perkara-perkara perbezaan yang boleh menimbulkan perselisihan harus dihindari.
Setiap pemeluk agama bertanggungjawab untuk membudayakan sikap keterbukaan, menerima perbezaan dan menghormati kemajmukan, disertai ketaatan dan komitmen terhadap agama masing-masing.
Islam bukan hanya bertujuan mempertahankan kewujudannya sebagai agama, tetapi juga mengakui kewujudan agama-agama lain dan memberinya hak untuk hidup berdampingan sambil menghormati penganut agama lain.
Realitinya hari ini yang sangat menyayat hati adalah agama dijadikan elemen utama dalam mesin penghancuran manusia - suatu kenyataan yang sangat bertentangan dengan ajaran semua agama di atas permukaan bumi ini.
Perbezaan pendapat dalam dialog adalah wajar, malahan perbezaan itulah yang menimbulkan dialog. Tetapi perbezaan pendapat itu tidak boleh dianggap sebagai alasan untuk menempatkan suatu keputusan dan memberikan penilaian yang berat sebelah.
Dalam hal ini, dialog bertujuan untuk menanggapi situasi tertentu yang menuntut orang untuk memilih bekerjasama daripada berkonfrontasi dan saling menyalahkan dan mengalahkan.
Di samping itu, sikap keterbukaan dan toleransi juga amat penting sebagai landasan dialog antara agama. Tanpa adanya ketiga-tiga unsur ini, dialog yang bakal dilakukan sudah tentu tidak akan mencapai hasil yang baik.
Melalui dialog antara agama yang secara jujur dan kesediaan menerima kelemahan masing-masing merupakan langkah yang mampu menyelesaikan banyak masalah.
Harapan tersebut di atas membuktikan bahawa perdamaian dunia merupakan sesuatu yang amat diperlukan dan tidak boleh ditangguh-tangguh lagi. Langkah awalnya ialah menciptakan kesedaran secara kolektif tanpa mencurigai pihak manapun di antara kita.
Dalam rangka mencipta kesedaran kolektif ini ada hal-hal yang harus dilakukan secara bersama, ada yang tidak perlu dilakukan dan ada pula harus dihormati. Ada pun hal-hal yang harus dilakukan adalah seperti berikut:
Pertama: Mewujudkan kemahuan bersama untuk menciptakan perdamaian dengan melahirkan satu kesedaran secara kolektif ke arah tersebut.
Kedua: Duduk secara bersama merumuskan idea-idea terbaik untuk menciptakan perdamaian dengan meletakkan kepentingan bersama dari kepentingan kelompok.
Ketiga: Bersama-sama menahan diri untuk tidak terlibat dalam konflik kepentingan yang boleh membawa kepada konfrontasi secara fizikal (peperangan).
Strategi-strategi lain yang boleh diambil oleh orang Islam dan bukan Islam antara lain ialah hendaklah dipatuhi sepenuhnya prinsip kebebasan beragama iaitu tiada paksaan dalam agama.
PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim).

Dakwah Rasulullah SAW periode Madinah

Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah SWT sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ini terjadi pada 12 Rabi`ul Awwal tahun pertama Hijrah, yang bertepatan dengan 28 Juni 621 Masehi. Hijrah adalah sebuah peristiwa pindahnya Nabi Muhammad Saw dari Mekkah ke Madinah atas perintah Allah, untuk memperluas wilayah penyebaran Islam dan demi kemajuan Islam itu sendiri.
SEJARAH
Rencana hijrah Rasulullah diawali karena adanya perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan orang-orang Yatsrib yaitu suku Aus dan Khazraj saat di Mekkah yang terdengar sampai ke kaum Quraisy hingga Kaum Quraisy pun merencanakan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Pembunuhan itu direncanakan melibatkan semua suku. Setiap suku diwakili oleh seorang pemudanya yang terkuat. Rencana pembunuhan itu terdengar oleh Nabi SAW, sehingga ia merencanakan hijrah bersama sahabatnya, Abu Bakar. Abu Bakar diminta mempersiapkan segala hal yang diperlukan dalam perjalanan, termasuk 2 ekor unta. Sementara Ali bin Abi Thalib diminta untuk menggantikan Nabi SAW menempati tempat tidurnya agar kaum Quraisy mengira bahwa Nabi SAW masih tidur.
Pada malam hari yang direncanakan, di tengah malam buta Nabi SAW keluar dari rumahnya tanpa diketahui oleh para pengepung dari kalangan kaum Quraisy. Nabi SAW menemui Abu Bakar yang telah siap menunggu. Mereka berdua keluar dari Mekah menuju sebuah Gua Tsur, kira-kira 3 mil sebelah selatan Kota Mekah. Mereka bersembunyi di gua itu selama 3 hari 3 malam menunggu keadaan aman.
Pada malam ke-4, setelah usaha orang Quraisy mulai menurun karena mengira Nabi SAW sudah sampai di Yatsrib, keluarlah Nabi SAW dan Abu Bakar dari persembunyiannya. Pada waktu itu Abdullah bin Uraiqit yang diperintahkan oleh Abu Bakar pun tiba dengan membawa 2 ekor unta yang memang telah dipersiapkan sebelumnya. Berangkatlah Nabi SAW bersama Abu Bakar menuju Yatsrib menyusuri pantai Laut Merah, suatu jalan yang tidak pernah ditempuh orang.
Setelah 7 hari perjalanan, Nabi SAW dan Abu Bakar tiba di Quba, sebuah desa yang jaraknya 5 km dari Yatsrib. Di desa ini mereka beristirahat selama beberapa hari. Mereka menginap di rumah Kalsum bin Hindun. Di halaman rumah ini Nabi SAW membangun sebuah masjid yang kemudian terkenal sebagai Masjid Quba. Inilah masjid pertama yang dibangun Nabi SAW sebagai pusat peribadatan.
Tak lama kemudian, Ali menggabungkan diri dengan Nabi SAW. Sementara itu penduduk Yatsrib menunggu-nunggu kedatangannya. Menurut perhitungan mereka, berdasarkan perhitungan yang lazim ditempuh orang, seharusnya Nabi SAW sudah tiba di Yatsrib. Oleh sebab itu mereka pergi ke tempat-tempat yang tinggi, memandang ke arah Quba, menantikan dan menyongsong kedatangan Nabi SAW dan rombongan.
“Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu pun tiba. Dengan perasaan bahagia, mereka mengelu-elukan kedatangan Nabi SAW. Mereka berbaris di sepanjang jalan dan menyanyikan lagu Thala' al-Badru, yang isinya:
Telah tiba bulan purnama, dari Saniyyah al-Wadâ'i (celah-celah bukit). Kami wajib bersyukur, selama ada orang yang menyeru kepada Ilahi, Wahai orang yang diutus kepada kami, engkau telah membawa sesuatu yang harus kami taati. Setiap orang ingin agar Nabi SAW singgah dan menginap di rumahnya.
Tetapi Nabi SAW hanya berkata,
"Aku akan menginap dimana untaku berhenti. Biarkanlah dia berjalan sekehendak hatinya."

Ternyata unta itu berhenti di tanah milik dua anak yatim, yaitu Sahal dan Suhail, di depan rumah milik Abu Ayyub al-Anshari. Dengan demikian Nabi SAW memilih rumah Abu Ayyub sebagai tempat menginap sementara. Tujuh bulan lamanya Nabi SAW tinggal di rumah Abu Ayyub, sementara kaum Muslimin bergotong-royong membangun rumah untuknya.
Sejak itu nama kota Yatsrib diubah menjadi Madînah an-Nabî (kota nabi). Orang sering pula menyebutnya Madînah al-Munawwarah (kota yang bercahaya), karena dari sanalah sinar Islam memancar ke seluruh dunia.
Terbentuknya Negara Madinah
Setelah Nabi SAW tiba di Madinah dan diterima penduduk Madinah, Nabi SAW menjadi pemimpin penduduk kota itu. Ia segera meletakkan dasar-dasar kehidupan yang kokoh bagi pembentukan suatu masyarakat baru.
Dasar pertama
Yang ditegakkannya adalah Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan di dalam Islam), yaitu antara kaum Muhajirin (orang-orang yang hijrah dari Mekah ke Madinah) dan Anshar (penduduk Madinah yang masuk Islam dan ikut membantu kaum Muhajirin).
Nabi SAW mempersaudarakan individu-individu dari golongan Muhajirin dengan individu-individu dari golongan Anshar.
Misalnya, Nabi SAW mempersaudarakan Abu Bakar dengan Kharijah bin Zaid, Ja'far bin Abi Thalib dengan Mu'az bin Jabal. Dengan demikian diharapkan masing-masing orang akan terikat dalam suatu persaudaraan dan kekeluargaan. Dengan persaudaraan yang semacam ini pula, Rasulullah telah menciptakan suatu persaudaraan baru, yaitu persaudaraan berdasarkan agama, menggantikan persaudaraan berdasarkan keturunan.
Dasar kedua
Adalah sarana terpenting untuk mewujudkan rasa persaudaraan tsb, yaitu tempat pertemuan. Sarana yang dimaksud adalah masjid, tempat untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT secara berjamaah, yang juga dapat digunakan sebagai pusat kegiatan untuk berbagai hal, seperti belajar-mengajar, mengadili perkara-perkara yang muncul dalam masyarakat, musyawarah, dan transaksi dagang.

Nabi SAW merencanakan pembangunan masjid itu dan langsung ikut membangun bersama-sama kaum muslimin. Masjid yang dibangun ini kemudian dikenal sebagai Masjid Nabawi. Ukurannya cukup besar, dibangun di atas sebidang tanah dekat rumah Abu Ayyub al-Anshari. Dindingnya terbuat dari tanah liat, sedangkan atapnya dari daun-daun dan pelepah kurma. Di dekat masjid itu dibangun pula tempat tinggal Nabi SAW dan keluarganya.
Dasar ketiga
Adalah hubungan persahabatan dengan pihak-pihak lain yang tidak beragama Islam. Di Madinah, disamping orang-orang Arab Islam juga masih terdapat golongan masyarakat Yahudi dan orang-orang Arab yang masih menganut agama nenek moyang mereka. Agar stabilitas masyarakat dapat diwujudkan, Nabi Muhammad SAW mengadakan ikatan perjanjian dengan mereka.
Perjanjian tersebut diwujudkan melalui sebuah piagam yang disebut dengan Mîsâq Madînah atau Piagam Madinah. Isi piagam itu antara lain mengenai kebebasan beragama, hak dan kewajiban masyarakat dalam menjaga keamanan dan ketertiban negerinya, kehidupan sosial, persamaan derajat, dan disebutkan bahwa Rasulullah SAW menjadi kepala pemerintahan di Madinah.
Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah setelah hijrah itu sudah dapat dikatakan sebagai sebuah negara, dengan Nabi Muhammad SAW sebagai kepala negaranya. Dengan terbentuknya Negara Madinah, Islam makin bertambah kuat. Perkembangan Islam yang pesat itu membuat orang-orang Mekah menjadi resah. Mereka takut kalau-kalau umat Islam memukul mereka dan membalas kekejaman yang pernah mereka lakukan. Mereka juga khawatir kafilah dagang mereka ke Suriah akan diganggu atau dikuasai oleh kaum muslimin.
Untuk memperkokoh dan mempertahankan keberadaan negara yang baru didirikan itu, Nabi SAW mengadakan beberapa ekspedisi ke luar kota, baik langsung di bawah pimpinannya maupun tidak. Hamzah bin Abdul Muttalib membawa 30 orang berpatroli ke pesisir L. Merah. Ubaidah bin Haris membawa 60 orang menuju Wadi Rabiah. Sa'ad bin Abi Waqqas ke Hedzjaz dengan 8 orang Muhajirin. Nabi SAW sendiri membawa pasukan ke Abwa dan disana berhasil mengikat perjanjian dengan Bani Damra, kemudian ke Buwat dengan membawa 200 orang Muhajirin dan Anshar, dan ke Usyairiah. Di sini Nabi SAW mengadakan perjanjian dengan Bani Mudij.
EkspedEsi-ekspedisi tersebut sengaja digerakkan Nabi SAW sebagai aksi-aksi siaga dan melatih kemampuan calon pasukan yang memang mutlak diperlukan untuk melindungi dan mempertahankan negara yang baru dibentuk. Perjanjian perdamaian dengan kabilah dimaksudkan sebagai usaha memperkuat kedudukan Madinah.
Perang Badar
Perang Badar yang merupakan perang antara kaum muslimin Madinah dan kaun musyrikin Quraisy Mekah terjadi pada tahun 2 H. Perang ini merupakan puncak dari serangkaian pertikaian yang terjadi antara pihak kaum muslimin Madinah dan kaum musyrikin Quraisy. Perang ini berkobar setelah berbagai upaya perdamaian yang dilaksanakan Nabi Muhammad SAW gagal.
Tentara muslimin Madinah terdiri dari 313 orang dengan perlengkapan senjata sederhana yang terdiri dari pedang, tombak, dan panah. Berkat kepemimpinan Nabi Muhammad SAW dan semangat pasukan yang membaja, kaum muslimin keluar sebagai pemenang. Abu Jahal, panglima perang pihak pasukan Quraisy dan musuh utama Nabi Muhammad SAW sejak awal, tewas dalam perang itu. Sebanyak 70 tewas dari pihak Quraisy, dan 70 orang lainnya menjadi tawanan. Di pihak kaum muslimin, hanya 14 yang gugur sebagai syuhada. Kemenangan itu sungguh merupakan pertolongan Allah SWT (QS. 3: 123).
Orang-orang Yahudi Madinah tidak senang dengan kemenangan kaum muslimin. Mereka memang tidak pernah sepenuh hati menerima perjanjian yang dibuat antara mereka dan Nabi Muhammad SAW dalam Piagam Madinah.
Sementara itu, dalam menangani persoalan tawanan perang, Nabi Muhammad SAW memutuskan untuk membebaskan para tawanan dengan tebusan sesuai kemampuan masing-masing. Tawanan yang pandai membaca dan menulis dibebaskan bila bersedia mengajari orang-orang Islam yang masih buta aksara. Namun tawanan yang tidak memiliki kekayaan dan kepandaian apa-apa pun tetap dibebaskan juga.
Tidak lama setelah perang Badar, Nabi Muhammad SAW mengadakan perjanjian dengan suku Badui yang kuat. Mereka ingin menjalin hubungan dengan Nabi SAW karenan melihat kekuatan Nabi SAW. Tetapi ternyata suku-suku itu hanya memuja kekuatan semata.
Sesudah perang Badr, Nabi SAW juga menyerang Bani Qainuqa, suku Yahudi Madinah yang berkomplot dengan orang-orang Mekah. Nabi SAW lalu mengusir kaum Yahudi itu ke Suriah.
Perang Uhud
Perang yang terjadi di Bukit Uhud ini berlangsung pada tahun 3 H. Perang ini disebabkan karena keinginan balas dendam orang-orang Quraisy Mekah yang kalah dalam perang Badr. Pasukan Quraisy, dengan dibantu oleh kabilah Tihama dan Kinanah, membawa 3.000 ekor unta dan 200 pasukan berkuda di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Tujuh ratus orang di antara mereka memakai baju besi.


Adapun jumlah pasukan Nabi Muhammad SAW hanya berjumlah 700 orang. Perang pun berkobar. Prajurit-prajurit Islam dapat memukul mundur pasukan musuh yang jauh lebih besar itu. Tentara Quraisy mulai mundur dan kocar-kacir meninggalkan harta mereka.

Melihat kemenangan yang sudah di ambang pintu, pasukan pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah di puncak bukit meninggalkan pos mereka dan turun untuk mengambil harta peninggalan musuh. Mereka lupa akan pesan Rasulullah untuk tidak meninggalkan pos mereka dalam keadaan bagaimana pun sebelum diperintahkan. Mereka tidak lagi menghiraukan gerakan musuh. Situasi ini dimanfaatkan musuh untuk segera melancarkan serangan balik. Tanpa konsentrasi penuh, pasukan Islam tak mampu menangkis serangan. Mereka terjepit, dan satu per satu pahlawan Islam berguguran. Nabi SAW sendiri terkena serangan musuh. Sisa-sisa pasukan Islam diselamatkan oleh berita tidak benar yang diterima musuh bahwa Nabi SAW sudah meninggal. Berita ini membuat mereka mengendurkan serangan untuk kemudian mengakhiri pertempuran itu.
Perang Uhuh ini menyebabkan 70 orang pejuang Islam gugur sebagai syuhada.
Perang Khandaq
Perang yang terjadi pada tahun 5 H ini merupakan perang antara kaum muslimin Madinah melawan masyarakat Yahudi Madinah yang mengungsi ke Khaibar yang bersekutu dengan masyarakat Mekah. Karena itu perang ini juga disebut sebagai Perang Ahzab (sekutu beberapa suku).

Pasukan gabungan ini terdiri dari 10.000 orang tentara. Salman al-Farisi, sahabat Rasulullah SAW, mengusulkan agar kaum muslimin membuat parit pertahanan di bagian-bagian kota yang terbuka. Karena itulah perang ini disebut sebagai Perang Khandaq yang berarti parit.
Tentara sekutu yang tertahan oleh parit tsb mengepung Madinah dengan mendirikan perkemahan di luar parit hampir sebulan lamanya. Pengepungan ini cukup membuat masyarakat Madinah menderita karena hubungan mereka dengan dunia luar menjadi terputus. Suasana kritis itu diperparah pula oleh pengkhianatan orang-orang Yahudi Madinah, yaitu Bani Quraizah, dibawah pimpinan Ka'ab bin Asad.
Namun akhirnya pertolongan Allah SWT menyelamatkan kaum muslimin. Setelah sebulan mengadakan pengepungan, persediaan makanan pihak sekutu berkurang. Sementara itu pada malam hari angin dan badai turun dengan amat kencang, menghantam dan menerbangkan kemah-kemah dan seluruh perlengkapan tentara sekutu. Sehingga mereka terpaksa menghentikan pengepungan dan kembali ke negeri masing-masing tanpa suatu hasil.
Para pengkhianat Yahudi dari Bani Quraizah dijatuhi hukuman mati.

Hal ini dinyatakan dalam Al-Qur'an surat Al-Ahzâb: 25-26.
Perjanjian Hudaibiyah
Pada tahun 6 H, ketika ibadah haji sudah disyariatkan, hasrat kaum muslimin untuk mengunjungi Mekah sangat bergelora. Nabi SAW memimpin langsung sekitar 1.400 orang kaum muslimin berangkat umrah pada bulan suci Ramadhan, bulan yang dilarang adanya perang. Untuk itu mereka mengenakan pakaian ihram dan membawa senjata ala kadarnya untuk menjaga diri, bukan untuk berperang.

Sebelum tiba di Mekah, mereka berkemah di Hudaibiyah yang terletak beberapa kilometer dari Mekah. Orang-orang kafir Quraisy melarang kaum muslimin masuk ke Mekah dengan menempatkan sejumlah besar tentara untuk berjaga-jaga.


Akhirnya diadakanlah Perjanjian Hudaibiyah antara Madinah dan Mekah,
yang isinya antara lain:
1. Kedua belah pihak setuju untuk melakukan gencatan senjata selama 10 tahun.
2. Bila ada pihak Quraisy yang menyeberang ke pihak Muhammad, ia harus dikembalikan. Tetapi bila ada pengikut Muhammad SAW yang menyeberang ke pihak Quraisy, pihak Quraisy tidak harus mengembalikannya ke pihak Muhammad SAW.
3. Tiap kabilah bebas melakukan perjanjian baik dengan pihak Muhammad SAW maupun dengan pihak Quraisy.
4. Kaum muslimin belum boleh mengunjungi Ka'bah pada tahun tsb, tetapi ditangguhkan sampai tahun berikutnya.
5. Jika tahun depan kaum muslimin memasuki kota Mekah, orang Quraisy harus keluar lebih dulu.
6. Kaum muslimin memasuki kota Mekah dengan tidak diizinkan membawa senjata, kecuali pedang di dalam sarungnya, dan tidak boleh tinggal di Mekah lebih dari 3 hari 3 malam.
Tujuan Nabi SAW membuat perjanjian tsb sebenarnya adalah berusaha merebut dan menguasai Mekah, untuk kemudian dari sana menyiarkan Islam ke daerah-daerah lain.






Ada 2 faktor utama yang mendorong kebijaksanaan ini :
• Mekah adalah pusat keagamaan bangsa Arab, sehingga dengan melalui konsolidasi bangsa Arab dalam Islam, diharapkan Islam dapat tersebar ke luar.
• Apabila suku Quraisy dapat diislamkan, maka Islam akan memperoleh dukungan yang besar, karena orang-orang Quraisy mempunyai kekuasaan dan pengaruh yang besar di kalangan bangsa Arab.
Setahun kemudian ibadah haji ditunaikan sesuai perjanjian. Banyak orang Quraisy yang masuk Islam setelah menyaksikan ibadah haji yang dilakukan kaum muslimin, disamping juga melihat kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Islam Madinah.

Di Sisi Lain
Keberhasilan dakwah di madinah tak terlepas dari sosok sahabat nabi, yang bernama MUSH'AB BIN 'UMAIR. Beliau adalah salah satu sahabat nabi. Sebelum masuk hidayah tertanam didadanya, beliau adalah seorang pemuda tampan, anak seorang bangsawan dan hartawan. pemuda yang menjadi buah bibir warga mekah, khususnya para wanita. Ia lahir dan dibesarkan dalam kesenangan, dan tumbuh dalam lingkungannya. Sampai akhirnya hidayah Allah datang kepada beliau, dan beliau masuk islam dalam usia yang masih muda, sekira 24 tahun berbagai kesenangan dunia serta kekayaannya ia tinggalkan demi memilih islam sebagai agamanya.
Seorang Mush'ab yang memilih hidup miskin dan sengsara demi Islam sebagai tuntunan hidupnya Pemuda ganteng itu, kini telah menjadi seorang melarat dengan pakaiannya yang kasar dan usang, sehari makan dan beberapa hari menderita lapar. Sampai akhirnya Nabi Muhammad mengutus beliau sebagai sebagai duta dakwah pertama ke madinah. Sejarah mengisahkan betapa Al-Amin mempercayakan kepadanya. Mush'ab dipilih menjadi seorang utusan. Seorang duta pertama dalam Islam. Ada amanah indah yang harus segera ia tunaikan. Tugasnya mengajarkan tentang Islam kepada kaum Anshar yang telah beriman dan berbaiat kepada Rasulullah di Aqabah. Sebuah misi yang tentu saja tidak mudah. Saat itu telah 12 orang kaum Anshar yang beriman.
Tak lama berselang, Allah yang maha besar, memperlihatkan hasil usaha sungguh sungguh dari seorang Mushaib. Berduyun-duyun manusia berikrar mengesakan Allah dan mengakui Rasulullah sebagai utusan Allah. Jika saat ia pergi ada 12 orang golongan kaum Anshar yang beriman, maka pada musim haji selanjutnya umat muslim Madinah mengirim perwakilan sebanyak 70 orang laki-laki dan 2 orang perempuan ke Makkah untuk menjumpai Nabi yang Ummi. Madinah semarak dengan cahaya.
Usaha gigih yang diperbuat Mushab membuat Benih benih islam tersemai dengan subur di madinah kesungguhan Mus‘ab bin Umair dalam berdakwah. Setiap hari dalam hidupnya senantiasa memberikan konstribusi baru bagi Islam di dalam dakwah dan jihad yang dilakukannya. Beliau adalah dai pertama dalam Islam di kota Madinah. Di tangannyalah sebagian besar penduduk Madinah berhasil diislamkan. Dia adalah peletak pertama fondasi Negara Islam Madinah. Dia adalah kontributor sesungguhnya bagi Islam dan jamaah kaum Muslim.
STRATEGI DAKWAH DI MADINAH
Beberapa strategi dirangka khusus setibanya Rasulullah s.a.w di Madinah. Semua strategi berpandukan kepada arahan dan tindakan Rasulullah s.a.w serta pengiktirafan baginda terhadap ide-ide daripada para sahabat baginda.
A. PEMBINAAN MASJID
Masjid merupakan institusi dakwah pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w setibanya baginda di Madinah. Ia menjadi nadi pergerakan Islam yang menghubungkan manusia dengan Penciptanya serta manusia sesama manusia. Masjid menjadi lambang akidah umat Islam atas keyakinan tauhid mereka kepada Allah s.w.t.
Pembinaan masjid dimulakan dengan membersihkan persekitaran kawasan yang dikenali sebagai ‘mirbad’ dan meratakannya sebelum menggali lubang untuk diletakkan batu-batu sebagai asas binaan. Malah, Rasulullah s.a.w sendiri yang meletakkan batu-batu tersebut. Batu-batu itu kemudiannya disimen dengan tanah liat sehingga menjadi binaan konkrit.
Masjid pertama ini dibina dalam keadaan kekurangan tetapi penuh dengan jiwa ketaqwaan kaum muslimin di kalangan muhajirin dan ansar. Di dalamnya, dibina sebuah mimbar untuk Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah dan wahyu daripada Allah. Terdapat ruang muamalah yang dipanggil ‘sirda’untuk pergerakan kaum muslimin melakukan aktiviti kemasyarakatan.[2] Pembinaan masjid ini mengukuhkan lagi dakwah baginda bagi menyebarkan risalah wahyu kepada kaum muslimin serta menjadi pusat perbincangan di kalangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat tentang masalah ummah.
B. MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN
Rasulullah SAW mengeratkan hubungan di antara Muhajirin dan Ansar sebagai platform mempersatukan persaudaraan di dalam Islam. Jalinan ini diasaskan kepada kesatuan cinta kepada Allah serta pegangan akidah tauhid yang sama. Persaudaraan ini membuktikan kekuatan kaum muslimin melalui pengorbanan yang besar sesama mereka tanpa mengira pangkat, bangsa dan harta. Selain itu, ia turut memadamkan api persengketaan di kalangan suku kaum Aus dan Khajraz.[3]
C. PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH
Madinah sebagai sebuah Negara yang menghimpunkan masyarakat Islam dan Yahudi daripada pelbagai bangsa memerlukan kepada satu perlembagaan khusus yang menjaga kepentingan semua pihak. Justeru, Rasulullah s.a.w telah menyediakan sebuah piagam yang dikenali sebagai Piagam Madinah bagi membentuk sebuah masyarakat di bawah naungan Islam.
Piagam ini mengandungi 32 fasal yang menyentuh segenap aspek kehidupan termasuk akidah, akhlak, kebajikan, undang-undang, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain. Di dalamnya juga terkandung aspek khusus yang mesti dipatuhi oleh kaum Muslimin seperti tidak mensyirikkan Allah, tolong-menolong sesama mukmin, bertaqwa dan lain-lain. Selain itu, bagi kaum bukan Islam, mereka mestilah berkelakuan baik bagi melayakkan mereka dilindungi oleh kerajaan Islam Madinah serta membayar cukai.
Piagam ini mestilah dipatuhi oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam. Strategi ini telah menjadikan Madinah sebagai model Negara Islam yang adil, membangun serta digeruni oleh musuh-musuh Islam.
D. STRATEGI KETENTERAAN
Peperangan merupakan strategi dakwah Rasulullah di Madinah untuk melebarkan perjuangan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Strategi ketenteraan Rasulullah s.a.w digeruni oleh pihak lawan khususnya puak musyrikin di Mekah dan Negara-negara lain. Antara tindakan strategik baginda menghadapi peperangan ialah persiapan sebelum berlakunya peperangan seperti pengitipan dan maklumat musuh. Ini berlaku dalam peperangan Badar, Rasulullah s.a.w telah mengutuskan pasukan berani mati seperti Ali bin Abi Talib, Saad Ibnu Waqqash dan Zubair Ibn Awwam bagi mendapatkan maklumat sulit musuh.[4] Maklumat penting musuh memudahkan pasukan tentera Islam bersiap-sedia menghadapi mereka di medan perang.
RasUlullah s.a.w turut membacakan ayat-ayat al-Quran bagi menggerunkan hati-hati musuh serta menguatkan jiwa kaum Muslimin. Antara firman Allah Taala bermaksud:
“Dan ingatlah ketika Allah menjajikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan yang kamu hadapi adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmy, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir.” (Surah al-Anfal: 7)
Rasulullah s.a.w turut mengambil pandangan daripada para sahabat baginda dalam merangka strategi peperangan. Sebagai contoh, dalam peperangan Badar, baginda bersetuju dengan cadangan Hubab mengenai tempat pertempuran. Hubab mencadangkan agar baginda menduduki tempat di tepi air yang paling dekat dengan musuh agar air boleh diperolehi dengan mudah untuk tentera Islam dan haiwan tunggangan mereka. Dalam perang Khandak, Rasulullah s.a.w bersetuju dengan pandangan Salman al-Farisi yang berketurunan Parsi berkenaan pembinaan benteng. Strategi ini membantu pasukan tentera Islam berjaya dalam semua peperangan dengan pihak musuh.
E. PEMBERIAN COP MOHOR
Rasulullah s.a.w mengutuskan surat dan watikah kepada kerajaan – kerajaan luar seperti kerajaan Rom dan Parsi bagi mengembangkan risalah dakwah. Semua surat dan watikah diletakkan cop yang tertulis kalimah la ila ha illahlah wa ana Rasullah[5] Tujuannya adalah untuk menjelaskan kedudukan Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah dan Nabi di akhir zaman. Dalam watikahnya, baginda turut menyeru agar mereka menyembah Allah dan bersama-sama berjuang untuk Islam sebagai agama yang diiktiraf oleh Allah. Kebanyakan watikah baginda diterima baik oleh kerajaan-kerajaan luar.
Contoh surat Nabi kepada Raja Parsi :
Nabi mengutuskan Abdullah bin Huzaifah bin Saham yang membawa surat kepada Kaisar Humuz, Raja Parsi yang bunyinya sebagai berikut :
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dari Nabi Muhammad Rasulullah kepada Kaisar penguasa Parsi. Semoga sejahtera kepada sesiapa sahaja yang mengikut pimpinan Allah dan beriman kepadaNya dan rasulNya dan bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah yang Esa tidak ada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya.
“Saya mengajak anda dengan ajakan Allah kepada umat manusia dan untuk memperingatkan manusia yang masih hidup, bahawa siksaan akan ditimpakan atas orang-orang kafir. Masuklah Islam dan hendaklah menerimanya. Jika anda menolaknya, maka berdosalah bagi penyembah api.”[6]
F. HUBUNGAN LUAR
Hubungan luar merupakan orientasi penting bagi melabarkan sayap dakwah. Ini terbukti melalui tindakan Rasulullah s.a.w menghantar para dutanya ke negara-negara luar bagi menjalinkan hubungan baik berteraskan dakwah tauhid kepada Allah. Negara-negara itu termasuklah Mesir, Iraq, Parsi dan Cina. Sejarah turut merakamkan bahawa Saad Ibn Waqqas pernah berdakwah ke negeri Cina sekitar tahun 600 hijrah. Sejak itu, Islam bertebaran di negeri Cina sehingga kini. Antara para sahabat yang menjadi duta Rasulullah ialah Dukyah Kalibi kepada kaisar Rom, Abdullah bin Huzaifah kepada kaisar Hurmuz, Raja Parsi, Jaafar bin Abu Talib kepada Raja Habsyah.[7]
Strategi hubungan luar ini diteruskan pada pemerintahan khalifah Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh, pasukan Salehuddin al-Ayubi di bawah pemerintahan Bani Uthmaniah telah berjaya menawan kota suci umat Islam di Baitul Maqdis. Penjajahan dan penerokaan ke Negara-negara luar merupakan strategi dakwah paling berkesan di seluruh dunia.
KESIMPULAN
Strategi dakwah Rasulullah s.a.w di Madinah lebih agresif dan besar. Madinah, sebagai Negara Islam pertama menjadi nadi pergerak dakwah Islam ke seluruh dunia. Tapak yang disediakan oleh Rasulullah s.a.w begitu kukuh sehingga menjadi tauladan kepada pemerintahan Islam sehingga kini. Strategi yang bersumberkan kepada dua perundangan utama iaitu al-Quran dan Hadis menjadi intipati kekuatan perancangan Islam dalam menegakkan kalimah Tauhid.
Sukses hijrah Nabi Muhammad SAW ditandai, antara lain, keberhasilannya mencerdaskan masyarakat Muslim yang bodoh menjadi umat yang cerdas, menyejahterakan sosial ekonomi umat dan masyarakat dengan asas keadilan dan pemerataan, serta penegakan nilai etik-moral dan norma hukum yang tegas. Pendeknya, Nabi Muhammad SAW berhasil membangun kesalehan ritual yang paralel dengan kesejahteraan material, ketaatan individual yang seiring dengan kepatuhan sosial, dan terwujudnya kesejahteraan duniawiah-temporal yang seimbang dengan keberkahan ukhrawiah yang kekal.
Sebuah fakta sejarah kemudian membuktikan bahwa proses penyebaran Islam dengan dakwah jauh lebih cepat dan berkembang pada periode Madinah ini dibandingkan periode Mekkah. Selain itu juga di Madinah, Rasulullah dan Umat Islam berhasil membangun tata peradaban baru, tata pemerintahan, tata ekonomi dan sosial yang demikian pesat perkembangannya
Nilai-nilai yang terkandung dalam proses Hijrah :
A. Pengorbanan
Nilai ini ditunjukan oleh Ali bin Abi Thalib, yaitu ketika beliau tanpa ragu menyanggupi
untuk menggantikan Nabi untuk tetap berada didalam rumah, bahkan beliau kemudian
tidur dan mengenakan sorban Nabi. Sungguh sebuah pengorbanan yang sangat heroik
dimana Ali yang ketika itu masih seorang pemuda, rela untuk menjadi tameng bagi
kelangsungan hidup Rasulnya, yang berarti pula kelangsungan dakwah Islam
o Nilai ini juga ditunjukan oleh Abu Bakar as Shidiq, yakni ketika beliau berkata
“ Biar saya yang masuk kedalam gua (Tsur) dulu, kalau ada binatang buas atau binatang
berbisa didalam sana, saya rela mati, biar anda meneruskan perjuangan dan dakwah anda”.
Lagi sebuah epik kepahlawanan dan pengorbanan yang luar biasa. Kemudian dalamsebuah
cerita kemudian benar Abu Bakar digigit ular berbisa, namun ataskehendak Allah, beliau selamat dalam peristiwa itu.
B. Keyakinan dan Tawakal
ketika berada dalam gua tsur yang gelap dan dalam keadaan yang sedemikian rupa,
kemudian terucap kata-kata yang hanya akan keluar dari lisan orang yang memiliki
keyakinan dan sikap tawakal yang demikian sempurna “ La Tahzan, innallah ma ana –
jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”
C. Kebersamaan
Peristiwa Hijrah ini melibatkan Nabi Muhammad yang mewakili Pemimpin, Ali bin Abi
Thalib yang mewakili generasi muda, Abu Bakr, yang mewakili golongan tua, bahkan
konon ada seorang perempuan yang bertugas menyupalai makanan kepada Nabi dan Abu
Bakar selama mereka berada dalam gua – yang menurut seorang ulama, ini menggambarkan
sebuah kesatuan, antara pemimpin, pemuda, orang tua dan perempuan, sebagai salah satu
syarat “keberhasilan”, seperti kemudian digambarkan bagaimana proses Hijrah ini adalah
menjadi tonggak sejarah dan momentum perkembangan Islam.
D. Kondisi yang Kondusif
Sebagaimana diketahui, ketika sampai ditempat yang baru, Nabi mengganti nama Yatsrib –
Mengecam, menjadi Madinah – Kota Peradaban. Ini mencerminkan bahwa sebuah proses
keberhasilan tidak akan dicapai ketika orang-orang yang berada didalamnya saling
mengecam satu sama lain, kritik yang tidak konstruktif, asal ganti dan lebih mementingkan
kepentingan golongan dan pribadinya semata. Penggantian nama menjadi Madinah
menyimbolkan bahwa keberhasilan hanya akan dicapai dalam tata kehidupan yang beradab,
ada sopan santun dan etika ketika hendak menyampaikan pendapat, kritik dan masukan, ada
tata aturan yang mesti dipenuhi oleh orang-orang beradab, yang kemudian dibuktikan dalam
sejarah masa kini, bahwa dimanapun, tidak akan pernah bisa mencapai keberhasilan, ketika
individu-individu yang terlibat dalam proses itu saling mengecam bahkan tak jarang
menyebarkan fitnah-fitnah keji. Sebaliknya, sebuah kondisi yang “beradab”, yang
berdasarkan tata aturan dan norma kesusilaan-lah yang mengantar sebuah bangsa, sebuah
kelompok atau apapun untuk mencapai keberhasilannya.
























DAKWAH RASULULLAH SAW PERIODE MADINAH

A. Latar belakang
Dikota mekkah telah kita ketahui bahwa bangsa quraisy dengan segala upaya akan melumpuhkan gerakan Muhammad Saw. Hal ini di buktikan dengan pemboikotan yang dilakukan mereka kepada Bani Hasyim dan Bani Mutahlib. Di antara pemboikotan tersebut adalah:
1. Memutuskan hubungan perkawinan
2. memutuskan hubungan jual beli
3. memutuskan hubungan ziarah dan menziarah dan lain-lain
Pemboikotan tersebut tertulis di atas kertas shahifah atau plakat yang di gantungkan di kakbah dan tidak akan di cabut sebelum Nabi Muhammad Saw. Menghentikan gerakannya.
Nabi Muhammad Saw. Merasakan bahwa tidak lagi sesuai di jadikan pusat dakwah ialam beliau bersama zaid bin haritsah hijrah ke thaif untuk berdakwah ajaran itu ditolak dengan kasar. Nabi Saw. Di usir, di soraki dan dikejar-kejar sambil di lemparidengan batu. Walaupun terluka dan sakit, Beliau tetap sabar dan berlapang dada serta ikhlas. Meghadapi cobaan yang di hadapinya.
Saat mengahadapi ujian yang berat Nabi Saw bersama pengikutnya di perintahkan oleh ALLaH SWT untuk mengalami isra dan mi’raj ke baitul maqbis di palestina, kemudian naik kelangit hingga ke sidratul muntaha.
Kejadian isra dan mi’raj terjadi pada malam 17 rajab tahun ke-11 dari kenabiannya (sekitar 621 M) di tempuuh dalam waktu satu malam.

Hikmah Allah Swt. Dari peristiwa isra dan mi’raj antar lain sebagai berikut.
1. Karunia dan keistimewaan ersendiri bagi Nabi saw.
2. Memberikan penambahan kekuatan iman keyakinan beliau sebagai rasul
3. Menjadi ujian bagi kaum muslimin sendiri.
Berita ini menjadi olokan kaum Quraisy kepada Nabi saw. Mereka mengira Nabi saw telah gila. Orang pertama memperceyainya adlah Abu Bakar sehingga diberi gelar As Siddiq.
B. Hijrah Nabi Muhammad saw Ke Yatsrib (Madinah)
Faktor yang menorong hijrahnya Nabi saw
1. Ada tanda-tanda baik pada perkembangan Islam di Yatsrib, karena:
1. pada tahun 621 M telah dating 13 orang penduduk Yatsrib menemuiNabi saw di bukit Akabah.
2. pada tahun berikutnya, 622 M datang lagi sebanyak 73 orang Yatsrib ke Mekkah yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj
2. Rencana pembunuhan Nabi saw oleh kaum Quraisy yang hasil kesepakatannya sbb:
1. Merea sangat khawatir jika Muhammad dan pengikutnya telah berkuasa di Yatsrib.
2. Membunuh Nabi saw sebelum beliau ikut pindah ke Yatsrib.


3. Rencana pembunuhan Nabi saw:
1. Setiap suku Quraisy mengirimkan seorang pemudah tangguh.
2. Mengepung rumah Nabi saw dan akan membunuhnya saat fajar.
Rencana-rencana tersebut diketaui oleh Nabi saw dan parapemuda qurasy terkacoh. Mereka mengejar dan enjelajahi seluruh kota untuk mencari Nabi saw tetapi hasilnya nihil. Kemudian Nabi bersama pengikutnya melanjutkan perjalanannya menelusuri pantai laut mera
C. Akhir Periode Dakwah Rasululah di Kota Mekkah
Dengan berpindahnya Nabi saw dari Mekkahmaka berakhirlah periode pertama perjalanan dakwah beliau di kota Mekkah. Beliau berjuang antara hidup dan mati menyerukan agama Islam di tengah masyarakat Mekkah dengan jihad kesabaran, harta benda, jiwa dan raga.
Sebelum memasuki Yatsrib, Nabi saw singgah di Quba selama 4 hari beristirahat, Nabi mendirikan sebuah masjid quba dan masjid pertama dalam sejarah Islam. Tepathari Jumat 12 Rabiul awal tahun 1 hijrahbertepatan 24 September 6 M, Nabi saw mengadakan shalat Jumat yang pertama kali dalam sejarah Islam dan Beliaupun berkhotbah di hadapan muslimin Muhajirin dan Anshar.






D. Dakwah Rasulullah Periode Madinah
Penduduk kota Madinah terb\diri dari 2 golongan yang berbeda jauh, yaitu:
1. Golongan Arab yang berasal dari selatan yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj
2. Golongan yahudi, yaitu orang-orang Israel yang berasal dari utara (Palestina)
Dengan hijrahnya kaum muslimin, terbukalah kesmpatan bagi Nabi saw untuk
mengatur strategi membentuk masyarakat Islam yang bebas dari ancaman musuh baik dari luar maupun dari dalam.
E. Substansi dan Strategi Dakwah Rasulullah saw Periode Mainah
Adapun substansi dan strategi dakah Rasulullah saw antara lain:
1. Membina masyarakat Islam melalui pertalian persaudaraan antara kaum Muhajjirin dengan kaum Anshar
2. Memellihara dan mempertahankan masyarakat Islam
3. Meletakkan dasar-daar politik ekonomi dan social untk masyarakat Islam
Dengan diletakannya dasar-dasar yang berkala ini masyarakat dan pemerintahan Islam dapat mewujudkan nagari “ Baldtun Thiyibatun Warabbun Ghafur “ dan Madinah disebut “ Madinatul Munawwarah ”.



F. Hikmah Sejarah Dakwah Rasululah saw Periode Madinah
Hikmah sejarah dakwah Rasulullah saw antara lain:
1. Dengan persaudaraan yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin dan kaum Anshardapat memberikan rasa aman dan tentram.
2. Persatuan dan saling menghormati antar agama
3. Menumbuh-kembangkan tolong menolong antara yang kuat dan lemah, yang kaya dan miskin
4. Memahami bahwa umat Islam harus berpegang menurut aturan Allah swt
5. memahami dan menyadaribahwa kita wajib agar menjalin hubungan dengan Allah swt dan antara manusia dengan manusia
6. Kita mendapatkan warisan yang sangat menentukan keselamatan kita baik di dunia maupun di akhirat.
7. Menjadikan inspirasi dan motivasi dalam menyiarkan agama Islam
8. Terciptanya hubungan yang kondusif








G. Sikap dan Perilaku yang Mencerminkan Dakwah di Madinah
Sikap dan perilaku yang menceinkan dakwah Rasulullah saw antara lain:
1. mengimani dengan sebenar-benarnya bahwa Muhammad saw adalah rasul dan nabi penutup para nabi
2. Mencintai Rasullulah saw
3. mensosialisasikan sunnah Nabi saw
4. Gemar dan senang membaca buku sejarah nabi-nabi
5. Memelihara silaturahmi dengan sesama manusia
6. Berkunjung ke tanah suci Mekkah atau Madinah untuk melihat/ menapak tilas perjuangan Nabi Muhammad saw
7. Mempelajari dan memahami Al Quran dan hadis-hadisnya
8. Senantiasa berjihad dijalan Allah
9. Aktif/ikut serta dalam acara kepanitiaan untuk memperingati hari-hari besar Islam
10. Merawat dan melestarikan tempat ibadah (masjid)
11. Menekuni dan mempelajari warisan Nabi saw







H. Dakwah Rasulullah Peiode Madinah Diterapkan Oleh Pelaku Bisnis
Selain sebagai pelaku bisnis, ia mempunyai kewajiban dalam berdakwah menyiarkan islam yang aman, damai dan tidak melanggar perjanjian bisnis yang islami.
1. Perjanjian dapat dilakukan antara pebisnis yang berlainan agama
2. Sesama pebisnis muslim, baik sebagai bos maupun karyawan, dapat mengambil hikmah dai konsep muhajrin sebagi pendatang, dan anshar sebagi tuan rumah (penolong).
3. Inti dari pengembangan usaha, apapun bidangnnya harus mengikuti usaha yang islami tidak mengurangi takaran, tidak merusak dan tidak merampas hak orang lain.

Wednesday, September 9, 2009

WAFATNYA SALAHUDIN..

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin
selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan
ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia engucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Salahuddin yang Wara' Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin.

Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam.
Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah. Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya
duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia
akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan
hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia
berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis
dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman
hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh
Suhrawady yang membawa ajaran sesat.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa
meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan
pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku
tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata
kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu
ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?" Aku menjawab, "Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau
bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah
kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku
menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh
menolongku dalam keadaan yang genting ini" Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara
musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke
Ramla pada hari Isnin pagi" Perangai Salahuddin Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa
dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah. Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin
sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu
didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah
dan beberapa pemberian yang lain. Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan
kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka
melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan
kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah
meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan
kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati
kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa
menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas
mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak
panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya
menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum
benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada
khadamnya, "Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu
cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.
Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan
sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru
ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah
berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah
Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan
senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan
hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya
Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk
digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah
negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya
wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan
dirinya".

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa
hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun
tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia
menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan
mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa
mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya,
ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila
melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang
perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu
menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya
dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah
dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu
kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun
turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi
itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat
dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan
Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada
anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan
supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang
akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat
kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan
penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang
sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda". Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, "Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh
menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan
perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua
kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah
tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke
atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima
tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama
beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar
bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar
perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan
kepadanya ketiak peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang
untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah
sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera
yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh
ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu
petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat
pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali
Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini,
serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera
Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera
Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya.
Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur
tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi
kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih
kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suati
hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu
apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci
ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini
kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku
ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau
dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada
orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai".
Salahuddin sebagai ulama

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga
mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia
mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia
sangat gemar mengumpulkan pengeatahuan dan maklumat dari kawan-kawannya
dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu
penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal
syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang
dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis
serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga
tafsir Qur'an

Rujukan :
Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat
Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31,
32-33, 7,155
Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99

[Non-text portions of this message have been removed]

Salahuddin Al-Ayyubi

(Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit. Saya
mencadangkan supaya sudara/saudari membeli dan membaca buku ini)
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole,
1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di
samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang
menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa
anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan
menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang
menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan
perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.
Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin
sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang
lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang
hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.
Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin
besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan
jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera
Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir.
Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak
bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama
Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri
untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat
pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang
dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)
Pertukaran Hidup Salahuddin
Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin
bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat
berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak
bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa
Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan
kesenagannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang
rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan
segala kesenangannya (Bahauddin,1234).
Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin
mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan
menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan
corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh
kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan
iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau
orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika
Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud
Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam.
Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah.
Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang
berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan
jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa
meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari
mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang
bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian.
Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada
duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang
menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.
Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah
memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumoukan seluruh
perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.
Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan
anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari
satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia
juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh
doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin
hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin
kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.
(Bahauddin, 1234)
Peperangan Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin
dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya
pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam
peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di
tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain
yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron
dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib
berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawaha
dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera
Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat
tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara
salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala
manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera
Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan,
timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.
Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam.
Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan
peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya
didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka
dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya.
Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke
hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk
membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci
dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut
bela Muhammat atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal
kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari
khemah.
Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana
menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan
mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja
membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala
batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam
dan Nabi Muhammad. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan
Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang
dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya
merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya
mengatakan, "Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan
kamu". Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh
Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.
Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin
untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa
Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis
hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam
hatinya.
Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj,
Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke
langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas
kemengang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar,
peniaga dan orang-prang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini.
Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua
ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada
Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang.
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi
langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di
Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah
diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya
Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini
sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah
Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan
hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah
menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika
orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab,
menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan
hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan.
Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang
yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang
tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.
Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan
kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah
benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya
mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu
membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang
keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan
sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera
Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099.
Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred
menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat'
dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa,
dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari
pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan
kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka
sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan
baik oleh Salahuddin.
Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang
diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah
seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan
mungkin di sepanjang zaman.
Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang
Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh
Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana
beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa
perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh
dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi
Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian
seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England,
Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy
dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya
dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya
untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka
tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.
Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah
pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk
memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui
Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra
diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan
Salib ketiga.
Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang
Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar
Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di
dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan
September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur
kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan
perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan
orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah
mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta
Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi
pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota
Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan
Kristian. Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan
sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu,
tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang
telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan
kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan
yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru
untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada
jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak
henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.
Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di
Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini,
Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya
dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan
orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan
bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas
jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah
berakhirnya pada tahun 1192.
Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa
syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan
ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin
sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat
tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama
sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya,
sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan
setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat
keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing.
Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka
memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

TAZKIRAH CINTA JEMAAH

renungkan..adakah kte trgolong dlm gol yg terlalu asyik mnjdkn cnta
manusia sbg sumber kekuatn untk brgrk dlm
jemaah..nauzubillah ..semoga kite adlh gol yg mnyertai jemaah
lillahitaa'la. .amin..

Cinta Jemaah yg kecundang
1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk,
da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung
labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah
eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga
awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer
sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan
kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer...
ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau
nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh
jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie
yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,,
tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer
lepak ebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati
awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x
istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik
sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just
panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,,
yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq
bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer,
sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n
sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take
care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia
kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa
lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,,
abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion
nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer
beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin
cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang
jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh
jari ayg,
tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg
kat ayang..
ayang suker jumper abg?tq
yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg
bawa
kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu
malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker
abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn
ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk,
ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper
tandanyer?
50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah
gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr
nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u
sayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara,
ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg
aper buktinyer yang,,,,
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
-
Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-
perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum
kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum
tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum
bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis
yang berada di dalam diri kita semua.
Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh
individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah.
Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di
majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin,
tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah
lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas
kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak!
Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya
mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!
Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses
merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang
keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar
jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa
yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali
melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat
keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang
dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta!
Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang
mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah
perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap
setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah,
sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah!
Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka.
Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak.
Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat
istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa
dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi
hebat, mantap dan sebagainya.
Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan
melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat
Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan
pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah
ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu
ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang
dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan
hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms
peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika
dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan
berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.
Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa
yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan
bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan
dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan
berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik
pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang
pejuang tadi.
Jika terlalu street mengatakan, AHLI JEMAH JANGAN BERCINTA!, pun
saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana
pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang
sebelum senja. Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula
diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu. Keadaan
sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan
mnyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka. Jika dahulu,
kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal. Ibu bapa umpama raja
yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh
berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin, kahwinlah... .
Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-
hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang
terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan
macam-macam lagi. Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah
yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya
bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang.
Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain.
Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana
berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri
dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin
tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan
permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua
kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak
BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau
sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan
muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini
bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga
di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk
bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda
sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!
Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah.
Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di
tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung,
memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk
kolej. Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif
apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini
menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia
pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan?
Kini muslimin itu menjadi najis dalam perjuangannya di kampus itu.
Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada
program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi,
aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih
seorang wanita. Kasihan!
Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya.
Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu.
Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang.
Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur
dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit-
jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan
lawan malah hanya ditertawakan. Najis najis ini pandai menutup
aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak
dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah
dengannya.
Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya.
Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step
pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup,
bagaimana hendak pergi ke step kedua....
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
------------ --------- --
Apalah pasir yg menjadi kaca? Kaca menjadi cangkir...
Apalah tangan yg membentuk cangkir?
Apalah mulut yg meminum air?
Aku nantikan hujan mawar!
Dan tak ingin lagi kehilangan.. .
Turunlah hujan mawar! Basahkan bumi saharaku
Biar kubermandi seribu warna pelangi
Biar kuhapus rindu pelukan... CINTA DUNIAWI..
------------ --------- --------- --------- ---------

SEKADAR RENUNGAN......

"Kebahagiaan itu umpama rama-rama yang berterbangan. Jika kita rakus mengejarnya, ia akan lari. Tetapi, jika kita bersabar, ia akan datang menghampiri."
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '
Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka

Islam Mementingkan Kasih Sayang: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
Dari: Riwayat At- Tabrani
Huraian:
1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim
2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.
3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i) Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii) Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii) Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.
4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Kepentingan Badan Yang Sihat: Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud yang bermaksud: “Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah
Dari: Riwayat Muslim
Huraian:
1. Islam amat peka terhadap pembangunan aspek jasmani manusia agar proses transformasi yang dilakukan dapat melahirkan manusia yang seimbang, berilmu, berakhlak dan sihat seterusnya dapat melakukan tugas sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi dengan baik dan sempurna.
2. Apabila seseorang Muslim itu sihat bermakna ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah s.w.t serta tanggungjawab lain yang diamanahkan oleh manusia kepadanya sama ada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan.
3. Kekuatan jasmani bererti seseorang itu memiliki daya ketahanan badan melawan penyakit. Oleh itu dikatakan bahawa mencegah penyakit itu adalah jauh lebih baik dan lebih mudah daripada merawat. Namun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat adalah anugerah Allah s.w.t dan kita harus bersyukur apabila dianugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak mengeluh sekiranya diuji dengan sesuatu jenis penyakit kerana ia merupakan ujian daripada Allah s.w.t sebgai kaffarah bagi dosa yang dilakukan.
4. Pepatah Arab menyebutkan: “Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan sesesorang Muslim.

Syafaat Rasulullah s.a.w : Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “aku adalah penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah dipertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”
Dari: Riwayat Abu Daud
Huraian:
1. Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasulnya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.
2. Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
3. Islam melarang umatnya berdusta kerana perbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.
4. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut di dalam hadith tersebut.

Sifat Lemah Lembut Mendatangkan Kebaikan: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”
Dari: Riwayat Muslim
Huraian:
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasulullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan merasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.
Tambahi pahala jauhi dosa:
Rasullullah saw. Bersabda bermaksud: “Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka.
Daripada: Wabisah bin Makbud
Huraian:
1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.
Menjauhi Riya’ dan Mengutamakan Keikhlasan:
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajjal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasullulah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”
-Riwayat Ibnu Majah-
Huraian>>

1. Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
2. Sebaliknya riya’ pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
3. Perbuatan riya’ (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjemaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
4. Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.
Tambahi pahala jauhi dosa:
Rasullullah saw. Bersabda bermaksud: “Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka.
Daripada: Wabisah bin Makbud
Huraian:
1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.
In-Team

Akrab Persahabatan

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika Islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerna iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Tika Rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

u are my numbers

 
Fully Design By Sha Den | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome