HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
˙·٠•●♥Penaku Menari˙·٠•●♥: usah biarkan akal bersendirian

Wednesday, October 29, 2008

usah biarkan akal bersendirian

"Akal jangan dibiarkan bersendirian Kerana ia adalah ciptaan Tuhan Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan kekurangan dan kelemahannya Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat- sifat kekurangan.

Hendaklah dia diberi kekuatan Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan Tuhan jangan bersendirian.

Akal adalah guru diri manusia Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan Akhirat bagi insan Pemandu hidup manusia di mayapada Tuhan Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu oleh wahyu Tuhan Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti tersesat jalan Tersesat jalan risikonya amat mengancam kehidupan insan Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan bersambung di Akhirat kelak dengan azab Tuhan.

Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia mestilah dipimpin oleh Tuhan Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar dia memimpin manusia tidak tersesat jalan Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal Bukan ertinya menggunakan akal yang bersendirian Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan, itulah yang dimaksudkan Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan Setiap manusia haraplah ambil perhatian Jika manusia mahu selamat di atas jalan keselamatan.

1 comment:

halim qittun said...

salam perjuangan, isi yang menarik untuk disampaikan. tahniah atas penulisan yang baik. sememangnya akal ini disebut di dalam al-Quran sebnayak 750 kali, menunujukkan peripentingnya penggunaan akal dalam mengatur langkah..
jemput bertamu

u are my numbers

 
Fully Design By Sha Den | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome