HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
˙·٠•●♥Penaku Menari˙·٠•●♥: SEKADAR RENUNGAN......

Wednesday, September 9, 2009

SEKADAR RENUNGAN......

"Kebahagiaan itu umpama rama-rama yang berterbangan. Jika kita rakus mengejarnya, ia akan lari. Tetapi, jika kita bersabar, ia akan datang menghampiri."
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '
Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka

Islam Mementingkan Kasih Sayang: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
Dari: Riwayat At- Tabrani
Huraian:
1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim
2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.
3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i) Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii) Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii) Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.
4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Kepentingan Badan Yang Sihat: Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud yang bermaksud: “Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah
Dari: Riwayat Muslim
Huraian:
1. Islam amat peka terhadap pembangunan aspek jasmani manusia agar proses transformasi yang dilakukan dapat melahirkan manusia yang seimbang, berilmu, berakhlak dan sihat seterusnya dapat melakukan tugas sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi dengan baik dan sempurna.
2. Apabila seseorang Muslim itu sihat bermakna ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah s.w.t serta tanggungjawab lain yang diamanahkan oleh manusia kepadanya sama ada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan.
3. Kekuatan jasmani bererti seseorang itu memiliki daya ketahanan badan melawan penyakit. Oleh itu dikatakan bahawa mencegah penyakit itu adalah jauh lebih baik dan lebih mudah daripada merawat. Namun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat adalah anugerah Allah s.w.t dan kita harus bersyukur apabila dianugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak mengeluh sekiranya diuji dengan sesuatu jenis penyakit kerana ia merupakan ujian daripada Allah s.w.t sebgai kaffarah bagi dosa yang dilakukan.
4. Pepatah Arab menyebutkan: “Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan sesesorang Muslim.

Syafaat Rasulullah s.a.w : Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “aku adalah penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah dipertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”
Dari: Riwayat Abu Daud
Huraian:
1. Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasulnya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.
2. Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
3. Islam melarang umatnya berdusta kerana perbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.
4. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut di dalam hadith tersebut.

Sifat Lemah Lembut Mendatangkan Kebaikan: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”
Dari: Riwayat Muslim
Huraian:
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasulullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan merasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.
Tambahi pahala jauhi dosa:
Rasullullah saw. Bersabda bermaksud: “Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka.
Daripada: Wabisah bin Makbud
Huraian:
1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.
Menjauhi Riya’ dan Mengutamakan Keikhlasan:
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajjal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasullulah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”
-Riwayat Ibnu Majah-
Huraian>>

1. Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
2. Sebaliknya riya’ pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
3. Perbuatan riya’ (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjemaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
4. Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.
Tambahi pahala jauhi dosa:
Rasullullah saw. Bersabda bermaksud: “Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka.
Daripada: Wabisah bin Makbud
Huraian:
1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.
In-Team

Akrab Persahabatan

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika Islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerna iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Tika Rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

No comments:

u are my numbers

 
Fully Design By Sha Den | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome