mmmmmm....ari ni ari apa yer?? msti la ari ni ari ahad yer tak????????? ari ni hari kelahiran nabi kita S.A.W. .....anda nak tau tak???
Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah mengenai sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab? Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka "salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman, 'Uthaymin. Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah selesai membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung majlis Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula yang menolak untuk mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan tanggapan mereka bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan perkataan "Ya" ataupun "Oh" ?
kalau ada sesiapa yang bertanya kepada kamu sebegini '' kenapa kamu menyambut maulidur rasul??? haaaaa apa yang kamu nak jawabbbbbbbbbbbbbb???????????????
Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini :Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah al A’raf 157)
Di dalam ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa orang yang memuliakan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakannya.
Saya ingin menyemaikan perasaan cinta kepada RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Di kala ramai orang yang kini semakin jauh dari perasaan cinta kepada baginda. Bukankah rasulullah bersabda begini :
“Belum sempurna iman seseorang dari kamu. kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.”
(Riwayat Muslim juz 11, hlm 15)jom....kita muhasabah diri kita sejauh mana KECINTAAN TERHADAP JUNJUNGAN NABI KITA ...Nabi MUHAMMAD s.a.w.
No comments: