HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
˙·٠•●♥Penaku Menari˙·٠•●♥: Cerita Kawen Aku

Thursday, August 14, 2014

Cerita Kawen Aku


Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang tanya aku macam na aku boleh kawen time aku belajaq?jawapannya aku ada beberapa sebab.dan oqang kerap tanya aku...suami mengajaq kat mana?untuk jawapan ini, aku selalu jawab suami aku mengajaq dekat kilang..tapi sekarang alhamdulilah dapat kerja baru.ada oqang tanya macam na dgn majlis, mungkin ada yang pandang majlis kami tidak "oomm" sepertimana majlis kawen pasangan yang lain,tapi kami tetap bersyukur kerana majlis kami berjalan dengan lancar atas bantuan sedara-mara kami,jiran-jiran dan kawan-kawan kami.So aku kongsi serba sikit mengenai majlis kami.

1)Part baju pengantin
*Kami hanya beli kain yang berharga rm6.90 semeter di kamdar untuk majlis akad nikah dan majlis di sebelah pihak perempuan.
*untuk majlis pihak lelaki kami beli kain berharga rm21.90 semeter tu pon sebab disponsor.
* Bukan tak da orang yang nak sponsor untuk baju pengantin sewaan.Kami dah siap belek-belek di kedai pengantin tapi kami rasa baju tu tak sesuai untuk kami walaupun boleh di oter.
*Alhamdulilah aku ada adik ipaq yang pandai bab-bab menjahit n pandai touch-up baju...so dia tolong touch-upkan baju aku dengan lace.

2) Tudung
* Aku beli kain rm2.50 semeter untuk dijadikan shawl bidang besar

3) Kasut
* Aku beli kasut ( wedges ja ) berharga rm50 ..aku hentam untuk 3 majlis ( akad nikah,majlis sebelah perempuan dan majlis sebelah lelaki.)

4)Part door gift
* Door gift aku memang disponsor seratus peratus.Alhamdulilah.

5)Hantaran untuk pihak lelaki
* Aku buat simple-simple ja..aku pinjam bekas hantaran dari jiran aku..
* Hantaran yang aku balas.Aku hias sendiri ja.
#Buah-buahan
#Kek ( di sponsor )
#Bunga teloq
#Gubahan sumi
#Kacang
#Coklat
* Hantaran aku tak dak la macam kebanyakan pasangan yang lain..aku beli setakat mana yang aku mampu ja.

6) Majlis
*Duit dari pihak lelaki
*Dibantu

7) Pelamin
* Suami, adik, kakak dan kawan-kawan pak cik aku yang tolong buat.Opps pelamin bukan untuk kami dok berdempet menadah tangan untuk direnjis-renjis tapi sekadar bergambaq.

8) Hiasan bilik
*Mak cik aku yang tolong hiaskan

9) Juru gambar
* Tak upah pun, kawan yang mai tu tolong ambek
* Tak kira sapa yang ambek tu..tulah juru gambar kami..
* Sampai sekarang x dak album lagi huhu

10) Hiasan tempat makan pengantin
* Mak cik aku yang tolong
#Letak kain touc-up dengan bunga..so siap
#Meja makan ambek meja dari dapoq ja.

11) Make up
# Untuk akad nikah ja aku g make up ( lepastu serik )
* Untuk majlis sebelah perempuan & lelaki make up kat rumah ja ( touch-up sikit-sikit ja) still nampak macam muka aku

Aku bukanlah dilahirkan dari golongan yang banyak harta mahupun duit,selama aku hidup..aku banyak bergantung harap pada sesama manusia.So, apa yang mampu ..itulah yang mampu kami lakukan untuk melancarkan majlis.Bagi orang yang macam aku, mungkin sekadar akad nikah sudah mencukupi untuk menghalalkan kami suami isteri.Yang penting ikatan itu sah di sisi syarak. Tapi, aku tak bole mementingkan diri..aku jugak perlu pikirkan kemahuan orang lain..apa apa pun alhamdulilah ...Rezeki Allah itu luas..yakin kita kepadaNya insyaAllah Allah tau apa yang terbaik buat diri kita.Wallahua'alam.

Inilah salah satu contoh baju pengantin kami..nie ja gambaq yang bole tunjuk keseluruhan baju kami..maklumla juru foto tetap tak dak.Sebelah pihak perempuan.

No comments:

u are my numbers

 
Fully Design By Sha Den | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome