HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
˙·٠•●♥Penaku Menari˙·٠•●♥

Thursday, August 14, 2014

Cerita Kawen Aku


Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang tanya aku macam na aku boleh kawen time aku belajaq?jawapannya aku ada beberapa sebab.dan oqang kerap tanya aku...suami mengajaq kat mana?untuk jawapan ini, aku selalu jawab suami aku mengajaq dekat kilang..tapi sekarang alhamdulilah dapat kerja baru.ada oqang tanya macam na dgn majlis, mungkin ada yang pandang majlis kami tidak "oomm" sepertimana majlis kawen pasangan yang lain,tapi kami tetap bersyukur kerana majlis kami berjalan dengan lancar atas bantuan sedara-mara kami,jiran-jiran dan kawan-kawan kami.So aku kongsi serba sikit mengenai majlis kami.

1)Part baju pengantin
*Kami hanya beli kain yang berharga rm6.90 semeter di kamdar untuk majlis akad nikah dan majlis di sebelah pihak perempuan.
*untuk majlis pihak lelaki kami beli kain berharga rm21.90 semeter tu pon sebab disponsor.
* Bukan tak da orang yang nak sponsor untuk baju pengantin sewaan.Kami dah siap belek-belek di kedai pengantin tapi kami rasa baju tu tak sesuai untuk kami walaupun boleh di oter.
*Alhamdulilah aku ada adik ipaq yang pandai bab-bab menjahit n pandai touch-up baju...so dia tolong touch-upkan baju aku dengan lace.

2) Tudung
* Aku beli kain rm2.50 semeter untuk dijadikan shawl bidang besar

3) Kasut
* Aku beli kasut ( wedges ja ) berharga rm50 ..aku hentam untuk 3 majlis ( akad nikah,majlis sebelah perempuan dan majlis sebelah lelaki.)

4)Part door gift
* Door gift aku memang disponsor seratus peratus.Alhamdulilah.

5)Hantaran untuk pihak lelaki
* Aku buat simple-simple ja..aku pinjam bekas hantaran dari jiran aku..
* Hantaran yang aku balas.Aku hias sendiri ja.
#Buah-buahan
#Kek ( di sponsor )
#Bunga teloq
#Gubahan sumi
#Kacang
#Coklat
* Hantaran aku tak dak la macam kebanyakan pasangan yang lain..aku beli setakat mana yang aku mampu ja.

6) Majlis
*Duit dari pihak lelaki
*Dibantu

7) Pelamin
* Suami, adik, kakak dan kawan-kawan pak cik aku yang tolong buat.Opps pelamin bukan untuk kami dok berdempet menadah tangan untuk direnjis-renjis tapi sekadar bergambaq.

8) Hiasan bilik
*Mak cik aku yang tolong hiaskan

9) Juru gambar
* Tak upah pun, kawan yang mai tu tolong ambek
* Tak kira sapa yang ambek tu..tulah juru gambar kami..
* Sampai sekarang x dak album lagi huhu

10) Hiasan tempat makan pengantin
* Mak cik aku yang tolong
#Letak kain touc-up dengan bunga..so siap
#Meja makan ambek meja dari dapoq ja.

11) Make up
# Untuk akad nikah ja aku g make up ( lepastu serik )
* Untuk majlis sebelah perempuan & lelaki make up kat rumah ja ( touch-up sikit-sikit ja) still nampak macam muka aku

Aku bukanlah dilahirkan dari golongan yang banyak harta mahupun duit,selama aku hidup..aku banyak bergantung harap pada sesama manusia.So, apa yang mampu ..itulah yang mampu kami lakukan untuk melancarkan majlis.Bagi orang yang macam aku, mungkin sekadar akad nikah sudah mencukupi untuk menghalalkan kami suami isteri.Yang penting ikatan itu sah di sisi syarak. Tapi, aku tak bole mementingkan diri..aku jugak perlu pikirkan kemahuan orang lain..apa apa pun alhamdulilah ...Rezeki Allah itu luas..yakin kita kepadaNya insyaAllah Allah tau apa yang terbaik buat diri kita.Wallahua'alam.

Inilah salah satu contoh baju pengantin kami..nie ja gambaq yang bole tunjuk keseluruhan baju kami..maklumla juru foto tetap tak dak.Sebelah pihak perempuan.

Saturday, September 21, 2013

Diam

Assalamua'laikum...

Da lama jejari gemok wal kontots ni tak menaip, menari-nari di " keyboard " yang berhabuk-habuks..fuh fuh...terdetik di hati ni kan baguih kalo semua manusia kat dunia ni tidak menilai seseorang dari segi penampilan seseorang tanpa mengenali seseorang tersebut secara dekat, tapi sangat kasihan bagi seseorang yang baik pula , tanpa disedari orang di sekelilingnya membuat penilaian ke atas dirinya...ooohhh sangat sadis ya....

Kalo aku, ikut hampa la nak cakap apa-apa pon tentang aku, yang penting aku tau apa yang aku buat dan Allah tau apa yang terlintas dalam hati aku ni...( kalo lah semua orang jenis macam aku, habis la ).

apa-apapun....

Diam itu lebih baik dari berbicara, Seandainya bicara kita melukakan orang, alahai bertambahlah dosa kita. 

"Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid". Surah Qaff:18

Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu". [Musnad Imam Ahmad]

Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". [Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya']



"Give your heart to ALLAH SWT and seeks ALLAH's permission in loving others, with ALLAH its guaranteed as long as you keep your promise to HIM.♥:)"

Nauzubillahi min zalidk

Tuesday, June 18, 2013

Doakan Saudara kita dia Gaza&Syria

Assalamualaikum w.b.t

Bismilahirrahmanirrahim

Dari hari ke hari,
Telinga kita masih mendengar berita dari sedara sesama Islam kita, Gaza, Syria
Mata kita tak terlepas dari melihat gambar-gambar yang tertera dan video-video yang tersebar
Bibir kita di dalam diam mengucap " astaghfirullahalazim "
Hati kita terdetik ucapan " kasihan mereka"
Tidak seminit pun mereka terlepas dari cengkaman zionist dan syiah

Alhamdulilah kita di sini masih lagi aman 
Kita masih lagi ketawa, gembira, terleka
Mungkin kita tidak dapat bantu mereka dalam bentuk kewangan
TETAPI
Yok! kita sama-sama doakan sedara islam kita
Allah tu kan Maha Mendengar 











Di sini saya sertakan butir maklumat bagi sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan melalui Aqsa Syarif Berhad

a) Maybank Islamic : 551575-004299

b) Bank Islam : 120920100-34904

Tel : 03-87734636

E-mel : admin@aqsasyarif.org.my

Bagi SESIAPA yang berkelapangan boleh la ikuti " Karnival Amal " pada 29 jun 2013 , untuk keterangan lanjut Klik Sini 

Sahabat-sahabat sekalian yang dikasihi kerna Allah,
Bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan, mari mendaftar  Klik Sini sebagai sukarelawan Aman Palestin . Mudah-mudahan Allah meredhai niat baik kita.InsyaAllah.

Dedikasi Gaza&Syria


Mr Bie - Separuh Aku "Noah Band" | Dedikasi SYRIA & GAZA


Maaf disebabkan background music blog saya mengganggu, anda boleh search di youtube, jika ingin mendengar



Akhir sekali, saya sertakan Doa Qunut Nazilah untuk kita sedekahkan buat saudara-saudara kita di sana. 

Tak dapat kita bantu banyak, kita bantu sedikit. Sekurang-sekurangnya kita lakukan sesuatu kerna Allah.InsyaAllah.





Sunday, June 16, 2013

Istighfar

Sedang aku mengadap lappyku, hatiku terdetik untuk melakarkan sebuah nukilan.Aku terus menitikan jari jemariku pada keyboard dan terus menaip.

Macam mana aku nak appreciate Allah? Allah dah bagi semuanya dekat aku. Tapi aku tak pernah appreciate dengan Dia.Adakah aku ni manusia yang terlalu jahil dengan Mu ya Allah.Hidup aku sentiasa hepy, tapi hatiku masih tidak tenang, kenapa?mengapa?aku sendiri terfikir-fikirkannya.

Dulu, aku adalah seorang perempuan yang tidak menutup aurat.Aku seorang yang nakal, Allahurabbi. Tetapi, datangnya seorang wanita menasihatiku dan sentiasa memberikan semangat kepadaku untuk berubah kepada yang lebih baik.

Astagfirullahal ‘adzim



“Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”

Ya Allah, aku tidak pernah meluangkan masa padaMu walaupun dalam dua saat sedangkan perkara yang mudah untukku lakukan pada waktu itu boleh ku lakukan dalam jangka masa yang singkat.Meskipun istighfar,sedangkan Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. ♥

Ya Allah sesungguhnya kepada Engkau Aku MEMOHON.

Kerna ku yakin

Meski dosa-dosaku sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni.

Hari Sukan BERSAMA pelajar-pelajarku (◑O◐)

Assalamualaikum w.b.t

Minggu exam orang tengah study, aku pulak sibuk dengan berblog! ishhh...apa nak jadi la 

dengan sha niiii...tak insaf insaf ....dapat result baru nak insaf...baru la..nak meyesal tahap

 menggunung macam gunung everest..hoho 


Hari ni jer...banyak masa aku mengadap blog ...tapi header blog tak jugak siap-siap...ceeyy 

buku depan mata, lappy pon depan mata so...

pilihan di hati sendiri wakaka


Waahh dah lari dari tajuk asal yer nampaknya,tetiba rindu lak dekat students aku dulu kala..semangat maen hari sukan tu yang lebih dari semangat mengajar...aishh apa ni...
gambar-gambar ni tahun 2011 tau huhu..

taraaaa ni budak-budak sek aku..

me and kak long
cik ah ( semangat satu malaysia )

kak lang#me#kak long 

kiah#paah#me#kak ayu


rindu kenangan nie#p sekolah balik sekolah tu ja keja aku time dulu#melantak and then tak dak kelas tido memanjang#






Saturday, June 8, 2013

(✖╭╮✖) Rindu kengkawan KUIS (✖╭╮✖)

Assalamualaikummmmmmm


time nak exam ni pulak la nak rindu kengkawan KUIS..huh! sakit jiwa..merana jiwa den..(_)  

teringat kisah-kisah dulu cerita kita bersama~

oppps terEmo pulak! (3)

gadoh-gadoh

bAEK mula..

tarik muka

dua minit kemudian

gelak-gelak balik

derap samo-samo

ketawwa berrsamma

menangis bersama

bernyanyi berrsamma  ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ 

kenangan terindah walaupun dulu aku rasa aku ni agak skema....

rasa macam nak termuntah pon ada bila ngaku diri sendiri gitu...hoho(O)


#kak fana#yana#dayang@zaza#


#aku#sepupuwanie#wanie#


#mereka#


#mereka#


#dayang#jah#farah#

masing-masing dah kerja..and ada lagi yang still study huhu

apa-apa pon ukhuwah kita tak kan mati sehingga kita mati
~ ukhuwwahfillah~

Friday, June 7, 2013

Tak selalunya hidup kita sentiasa hepy =(

Assalamualaikum semua =(

hari ni...tengah sama-sama study untuk final exam...tetiba terdengar bunyi col...okey...col tu untuk rumate, aku yang mendengar tetiba terasa laen...kenapa?mengapa? 

Dua minit kemudian....

aku : kenapa mun?ayah tak sedarkan diri lagi ke?

mun: tak...ayah orang da tak der..

aku : terkejut ( innalilahiwainnailaihirojiun )

lin dah bangun dari kerusi studynya sambil meluru ke sebelah mun...

lin : mun sabar laa..mun balik la...

mun : diorang dah nak kebumikan ayah dah..dah tak sempat...

aku hanya mampu melihat dan bertanya serba sedikit...tidak betah aku untuk melihat keadaan mun sebegitu, tatkala itu jugak...ruangan mataku terus terbayang wajah wajah orang yang aku sayang di kampung..aku tak sekuat mun kalo diri aku berada di tempat mun..di saat nak exam, tetiba dapat kejutan begitu...sesungguhnya  Allah yang mematikan seseorang...itu dah tercatat dalam Al-Quran...Allah yang menghidupkan dan mematikan...Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami...hanya pada kau kami meminta pertolongan.

u are my numbers

 
Fully Design By Sha Den | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome